Monday, October 6, 2014

this blog is solely dedicated for my future self ...

bismillahirrahmanirrahim ...

Most of the time, avoidance and prevention are better than cure and looking for solutions.

I am not sure about others, but for me i avoid to talk more when i am with the people i am not close to or happy with. Because, there so many things i have kept for so long. I am afraid, when i opened my mouth, I ended up hurting people with my bad words and most importantly i hurt my self more. Since, i live for the past years without people to share my unhappy part of life. I am to afraid to share my story. Met one person who cannot been trusted once, it's really affected my trust to others. So, i chose to endure, alone definitely.

Few days back, one of my good friends said that I am a good listener. I told my husband that my friend thought of me as a good listener. My husband claimed that I wasn't for him. It's hurt. Few days back he did mentioned, I always discouraged him in whatever he likes. I just don't know how to respond and maybe it's the truth.

The truth hurts, it's true. Maybe I should look more into myself rather than thinking about others.

With good friends you can count with only one hand, i am seriously not being loved by people.

When i want to cry, this blog is always the best place for me.

Friends and loved one always related to trust.


Saturday, August 16, 2014

Happy belated birthday to me

Bismillahirrahmanirrahim ....

Tak ada apa yang menarik dengan sambutan hari jadi saya tahun ini. Langsung. Menghadiri rumah terbuka yang kurang menyeronokkkan. Semakin kurang ucapan hari jadi yang diterima di fb, saya perlu menimbangkan dengan serius untuk menutup fb.

Hari Raya juga tak terasa walau syawal masih bersisa. Orang sibuk beraya, saya sibuk dengan rutin biasa. Saya juga teringin untuk beraya sakan ke rumah kawan dan saudara mara.

Terima kasih kerana adanya internet, menghapuskan kebosanan saya.

Saya hanya mampu kembara menggunakan alam maya. Melihat dan membaca pengalaman orang lain. Bilakah masa saya akan tiba? Wallahua'lam. Rezeki masing-masing berbeza.






Wednesday, August 6, 2014

10 Syawal 1435 .... Penantian

Bismillahirrahmanirrahim

Dah 10 Syawal. sekejap sangat rasa. Lagi sebulan Azrah dah nak upsr. Semoga dia berjaya dengan cemerlang, aamiiinn.

Masih menunggu semua dokumen siap. Tak sabar sangat rasa. Nak merantau, nak lihat dunia luar lagi. Kali ini dengan pendekatan yang berbeza.


Tuesday, July 29, 2014

SYAWAL 1435

Bismillahirrahmanirrahim ...

alhamdulillah syawal tiba lagi .... sedihnya ramadhan dah berlalu .... ya Allah temukan saya dgn ramadhan thn hadapan ya Allah ... murahkan rezeki kami sekeluarga ya Allah... terimalah amalan kami sekeluarga ya Allah. bantulah umat islam di seluruh dunia ya Allah ..... lindungilah kami sekeluarga ya Allah ...

Sunday, July 13, 2014

16 Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim ...

Allahuakbar ... dah masuk 16 Ramadhan. langsung tidak terasa apa. Terlalu banyak masa yang dihabiskan di mana-mana.

Bercerita tentang hati dan kecewa, memang tidak akan ada penghujungnya selagi kita bernyawa. Penyelesaiannya, sabar dan redha. Hari ini lebih tenang walaupun pasti ada cerita yang saya simpan.

En suami masih belum boleh keluar. Mungkin hari ini, mungkin juga esok hari.

Sedihnya mendengar dan membaca cerita tentang Gaza, selalin sumbangan yg terlalu kecil doa saya tidak henti-henti untuk mereka. Terlalu kecil ujian saya berbanding mereka yang lain.

Terlalu banyak yang ingin dicerita namun terlalu sedikit kosa kata yang mampu keluar, maka simpanlah kejap-kejap supaya hanya tetap saya seorang yang tahu.


Tuesday, July 8, 2014

Julai, Ramadhan dan Ujian

Bismillahirrahmanirrahim ...

Sungguh rezeki dan ujian Allah untuk setiap hambaNya berbeza-beza.

Tak tahulah setakat mana penghayatan Ramadhan saya kali ini. Ahad, 6 Julai bersamaan 8 Ramadhan, suami saya dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit -sakit leher dan belakang. Apabila diperiksa, kandungan gula dalam darahnya tinggi, kadar kolestrol dan uric acidnya juga tinggi. Saya tidak tahu apa yang saya rasa. Saya selalu merasakan mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Namun bukan semua orang begitu, ada orang yang ingin "learn from the hard way."  Dan ada juga yang langsung tidak mengambil apa-apa iktibar.

Banyak yang saya inginkan daripada suami saya ini. Banyak yang saya boleh luahkan dan banyak juga yang saya simpan, mengadu hanya pada Dia.

Seperti juga apa yang saya rasa, begitulah juga entri kali ini, terlalu banyak yang saya perlu simpan. Doa saya , Allah terimalah doakan dan harapanku. Saat berdepan dengan ujian saya sedar, saya tak punya sesiapa tempat berkongsi cerita.

Isnin, Harris pula dimasukkan ke wad. Berbanding suami, saya tidak terlalu risaukan Harris. Namun puncanya juga sama. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

My words doesn't seems to effect them in their routine. Saya selalu mengatakan kepada anak-anak saya, saya boleh mengarah, memberitahu, menasihat, tapi mereka perlu berusaha untuk diri mereka. Dalam apa jua sekali pun.

Saya gagal barangkali ... gagal menjadi isteri yang mampu menjaga suami menjaga kesihatan diri, gagal seorang mama yang walaupun sepenuh masanya di rumah, anak-anaknya masih tidak mampu mendengar dan mengikuti nasihat saya.

Entri ini entri perang emosi dan rasional ...

Azrah akan menghadapi upsr dalam masa dua minggu. Saya tidaklah mengharap dia menjadi yang terbaik, tapi saya berharap dia berUSAHA untuk melakukan yang terbaik. Kerana pada saya, usaha itu sangat penting untuk medapat hasil yang bagus juga.

Seronoknya mendengar pengalaman Busu ke tanah suci. masih belum rezeki saya untuk ke sana. Topik ini juga topik emosi untuk saya. Maka saya cuba mengelakkan daripada berbicara tentangnya. Cukuplah Allah yang tahu. Mendengar bisik-bisik orang dan kadangkala dari orang yang sangat penting dalam hidup saya, kadang-kadang tahap kawalan emosi saya berada di tahap yang paling minimum.

Saya dalam proses menyediakan dokumen untuk permohonan visa kami ke australia. Juga antara topik emosi saya.

Dan semuanya terletak hanya pada satu perkataan, KESUNGGUHAN.

Ya Allah aku tahu aku hambamu yang terllau banyak berdosa. Ampunkanlah aku. Kuatkanlah semangatku dan jadikanlah aku orang-oarng yang sabar. Sesungguhnya hanya engkau yang tahu segala yang tersimpan di hati aku selama ini, hanya engkau ya Allah. Moga kau permudahkanlah segala urusan untukku ya Allah. Aku terlalu berharp dengan simpatimu ya Allah. Ya Allah yang maha Pengasih dan maha Penyayang.

USAHA TEKUN JAYA


Sunday, June 22, 2014

yeay ... dah renew passport

bismillahirrahmanirrahim ...

Alhamdulillah ... punya la duk bertangguh nak pergi renew passport. Akhirnya berjaya. tapi kalau x ada drama x happening la kan.

MInggu lepas ada baca dalam fb seorang kakak yang tgh duk siapkan application utk ke NZ, dia pergi buat passport kat Imigresen Putrajaya pada hari minggu. Menurut kak Afrohah, dia bagi 10 bintang untuk perkhidmatan kat Imigresen tu. Apalagi, memang semangat berkobar-kobarlah. terus hari Jumaat angkut semua anak bawak g buat gambar. hahahha, yang sebenarnya yg kecik je pun ambik gmabar utk passport yg lain standby gambar utk apply Visa jelah.

So hari ni, pukul 7.45 dah bergerak ke Putrajaya. Sampai pukul 8.43 dekat precit 15. Kata en suami saya tu, itulah tempat dia buat masa bulan 3 hari tu, sekali tgk kat situ dia bagi notis dah pindah ke precint 2. berkejar kami ke precint 2. bukan apa, takut habis nombor. Sampai sana tengok kereta dah berderet orang parking depan bangunan. Kot2 ada yang nak buat rujukan :

Imigresen bahagian passport, level 3, menara ikhlas, precint 2, putrajaya. buka setiap hari. sabtu ahad sampai pukul 1. utk yg dah umur 4 tahun ke atas, boleh bergambar terus. disarankan pakai baju atau tudung warna gelap. yang bawah empat tahun boleh bawa gambar passport. passport siap dlm masa 1 jam. tapi biasanya x sampai satu jam dah siap. make sure bawa passport lama, IC atau surat beranak utk anak2 bawah 18 tahun dan salinan. sekarang x payah isi apa2 borang. ambik nombor dan tunggu.

so pukul 1130 semua urusan settle siap dapat makan murah dekat Ali Maju di bangunan berdekatan. lupa check nama bangunan.

Semangat untuk siapkan segala mak nenek dokumen utk visa application pun bermula. Doakan kami ya Allah.

Dalam duk bersemangat nak keluar Malaysia ni, saya sangat sedih dengan berita2 yang semakin hari semakin menakutkan di Malaysia. jenayah, kisah rumah tangga, bunuh diri, dera, culik, samun dan macam2. Malaysia hari ni dah x macam Malaysia. Bilamana pendatang asing tanpa izin dan dengan izin yang masuk tanpa dikawal, inilah jadinya. Penyakit bukan-bukan pun semakin banyak.

Ya Allah lindungilah aku dan keluargaku dari sebarang bentuk kecelakaan, kemalangan, kecuaian dan dengki khianat manusia, jin dan iblis ya Allah. Jauhkanlah kami dari sebarang niat buruk manusia lain ya Allah. aaaminnn aaamiiin aamiiinn ya rabbal alaminn.