Wednesday, December 25, 2013

2013 semakin ke penghujung

sungguh! lama tidak berblog. perasaan rindu untuk menulis di blog yang membuak-buak. bezanya fb dengan blog, di fb kita perlu menjaga hati banyak orang. sedangkan di blog, ini lebih kepada diari kita. kadang-kadang tanpa interaksi, kita akan lebih bebas dalam meluahkan isi hati dan pendapat.

cuti sekolah hanya berbaki seminggu. bukan anak-anak saja yang sedih. saya pun terasa tidak bersemangat untuk kembali kepada rutin biasa. dengan keadaan jenayah yang semakin tinggi, saya sentiasa dalam ketakutan.

Bermula 2014, segala-galanya akan naik. harga minyak, tol, tarif elektrik dan yang pasti baranga-barang keperluan harian. Membeli makanan di luar sekarang ini juga terasa sangat nilai RM kita semakin susut. sebungkus nasi dengan satu lauk boleh mencecah RM8.

cuti sekolah ini, kami hanya pulang ke kg sepuluh hari dan minggu lepas ke Damansara. menginap di Royale Bintang Damansara. Hotel yang sangat selesa dengan buffet breakfst yang sangat menarik.

Two weeks ago, ameena was infected by Hand, Foot And Mouth Disease. For two days, she lost her appetite. Someone, who really loves to eat suddenly couldn't eat and drink due to ulcers in her mouth. i cried when she cried. She is not a crybaby kid. But this time, she really couldn't take it anymore. Almost all her fingers were infected.

October, my dear hubby tried applying for a post in Shell Netherland, but the outcome is not as we expected. I prayed really hard to make this dream comes true, yet it is not ours. Allah knows the best. Maybe the environment not suitable for my kids.

December, one by one telling me about their transfer or migrating. My daughter's friend is going to Sarawak, My hubby's cousin's husband is going to Japan (later was cancelled due to age), my x-classmate is going to Bintulu, following his husband who will be transferred there starting January 2014.

I told my husband, if we really want to migrate or HIjrah, we have to do our part. We have to make our effort. REally hard, then we have to pray, asking sincerely from Allah then only we can let Allah decide it for us. I think, that words really work on him. He started to think about it seriously. studying, planning and trying to make it happens this time. May Allah help us this time. May this HIjrah will make us better muslims.

I hope this entry won't be the last entry for this year. i'm planning to reactivate my blog writing starting this very day. May Allah helps and make it easier for me.

aaaaa ... my manuscript, got improvement. a lot but still haven't find my last full stop. hope to find it very soon.

Wednesday, July 3, 2013

berapa kali nak tersedar dari mimpi? Allah masih sayangkan kita ... Alhamdulillah

kadang-kadang, bangun je dari tidur terasa macam diri kita serba kekurangan. bila berbicara dengan orang lain rasa ya Allah daifnya ilmu aku ni. Banyak sangat benda yang kita tak tahu dalam dunia ni. Hari tu ada cerita kat Harris, kita hidup jangan riak dengan ilmu yg ada, kebolehan yang ada. SEbab kebolehan dan ilmu kita tu tak sampai pun macam setitis air dari seluruh lautan.

Kadang-kadang apa yang saya smapaikan anak-anak itu sebenarnya saya mengingatkan diri saya sendiri. Maka BACALAH banyak-banyak. timba ilmu sampai ke hujung usia. Ilmu yang baik, yg boleh kita kongsikan dengan orang lain akan bagi manfaat kat mereka di dunia dan kita di akhirat nanti.Yang penting niat.

Jadi saya selalu berharap semoga saya dapat membetulkan niat saya.

Terperangkap dengan fitnah yang langsung saya tak duga, buat saya jadi banyak berfikir. Atas dunia ni, kadang-kadang bila kita tak kacau orang pun, ada masanya ia akan menimbulkan fitnah.
Saya sedar, bicara kita kadang niat untuk diri kita tanpa sedar menyinggung orang lain walaupun isinya baik.

Saya sangat sedar saya banyak kekurangan. Ya Allah jadikanlah aku dalam golongan orang-orang yang sabar dan beriman ya Allah. Penuhkanlah dadaku dengan ilmu yang bermanfaat, lembutkan dan permudahkanlah lidahku untuk menyebarkan apa yang benar dan menegah apa yang mungkar.




Thursday, March 21, 2013

REaliti sebuah kehidupan

sekarang, saya rasa saya boleh faham kenapa orang yang tidak bekerja merasa rendah diri. bukan kerana mereka tiada bekerjaya atau tiada bergaji, tetapi pandangan rakan-rakan dan saudara mara terhadap mereka atau kami.

inilah realitinya. seorang yang tidak bekerjaya dipandang sepi. seolah-olah mereka tidak mempunyai minda dan akal fikiran yang masih boleh berfikir dan memproses apa saja perkara yang sedang berlaku di sekeliling mereka. saya cuba menolak perasaan sedih atau kecil hati dengan mereka, namun realiti sebuah kehidupan itu sangat memeritkan.

tiada lagi panggilan telefon daripada rakan-rakan, tiada lagi jemputan ke rumah terbuka atau sesi makan-makan. malahan teguran di alam maya juga jarang bersambut.

dari sudut manakah seseorang itu dinilai peribadi mereka? pangkatnya? pendidikannya? gajinya? kerjayanya? atau diri mereka?

pada saya seorang yang bergelar saudara apa jua status mereka tidak menghalang saya untuk bergaul. kecuali mereka yang saya anggap boleh memberikan impak negatif dalam perhubungan kami.

seorang demi seorang layak untuk saya 'unfriend'kan jika diguna istilah 'facebook'nya.

tidak mengapalah. apalah maknaya kawan sampai beratus, namun tidak sampai lima orang yang benar-benar ikhlas dan tulus berkawan dengan saya. menerima segala baik buruk saya. kelebihan dan kekurangan saya.

sesungguhnya yang indah itu kenangan, yang pedih itu pengalaman. yang menyakitkan itu pengajaran. semoga saya tidak akan kalah dalam memerangi sisi negatif dalam diri saya.

Thursday, March 14, 2013

2013 .. adakah saya hanya update blog setahun sekali?

bismillahirrahmanirrahim ...

suka benar agaknya membirakan blog ni berhabuk. sah-sah memang tak ada pembaca lain selain dr saya, tp at least tulislah. untuk kenangan masa hadapan.

2013 - azrah dah darjah lima. sekejap sungguh masa berlalu. harris dah masuk darjah 2. Ameena pun dah cerdik pandai dah sekarang. lasaknya kalah budak lelaki. suka memanjat (anak emak nih) ...

walaupun rutin harian yang sibuk, tapi menggembirakan saya. hantar anak ke sekolah skang en izwan yg bertanggungjawab. Isnin - KHamis penuh aktiviti diorang di sekolah. pukul 1  kerja mama hantar makan tengah hari, beg KAFA atau raket tenis. pukul 5 jemput balik rumah. keluar lagi utk kelas mengaji. walaupun full day, tapi rasanya utk aktiviti yg berfaedah dan menambah ilmu, apalah sangat semua tu kan?

hari ahad tugasab abah pulak ke hulu ke hilir. pagi klinik bola harris, tengah hari dan petang kelas taekwando pulak. semoga mereka berjaya dengan apa yang mereka usahakan dan minati tanpa meninggalkan suruhanNya, Insya Allah.

Nak cerita bab makanlah. dua hari lepas, tengok gambar roti jala yang dipos oleh geng lama kat UUM, terus dan dan tu juga saya pun menjala. walaupun pewarna kuning tak ada, rembat je warna oren. licin jugak en izwan makan. hari ni pulak, balik je dr jemput diorg balik KAFA, terus masuk dapur buat bubur kacang dan blueberry cheesetart. nak memasak ni tak boleh plan, kalau plan selalu tak menjadi. Make sure bahan sentiasa ada kat rumah, terasa ada mood je terus bancuh dan masak. taraaa siap.

manuskrip - hmm .. bab ni macam tak tahu nak komen apa. my first submission sent in Dec 2012, got a positive feedback but still need to be touched up here and there. They gave couples of suggestion to be added or to be replaced. I just don't know, am i really talented in this area? or i am forcing myself to write. there are many new writers and authors these days, their books much better than mine. the idea, the plot, the scenario, the story, the message, the writing style ... definitely are way better than mine. it's not easy to finish one story. The first story. Allah, please help me, guide me and inspire me to write.

Suka duka hidup? hmmmm  biasalah. masih macam biasa. belum lepas dari kekangan kewangan yang mencengkam lagi. Kadang tak tahulah, mungkin ini ujian utk saya.

bosanlah cerita pasal sedih. nak cerita pasal angan-angan yang tak tahu berjaya ke tak ni. nak buat kebun sayur sendiri kat rumah. Hahaha, entah hidup ke tak lah pokok-pokok tu nanti. Tahap kerajinan untuk menjaga pokok tu sangat minima. sama tahap macam nak lipat kain, boleh tak guna perumpamaan macam tu? heheheh.

Apa-apa pun harap kebun sayur saya menjadi, anak-anak dan suami smeua sihat. saya sepatutnya lebih sihat sebab saya ada keluarga yang nak saya jaga.