Thursday, April 24, 2014

April.. Pesta Buku ... Duit ... Sikap

Bismillahirrahmanirrahim ...

masih lagi diheret isu yang sama. Kadang-kadang bila terlalu banyak banyak yang disimpan, berdiam diri adalah tindakan yang terbaik boleh diambil. kenapa? sekali kita membuka mulut, bimbang akan setiap satu akan berkaitan dan tanpa kita sedari kita telah meluahkan segalanya. Pastinya semua yang kita simpan itu bukan benda yang baik. Kalau perkara yang baik sudah pasti kita telah meluahkan lama dahulu.

Setiap perkara buruk yang kita simpan, ketahuilah kita menghndarkan diri kita dari melukakan diri kita sendiri. Mereka yang terlibat andai terdengar pasti terluka dan terasa. Tapi belum tentu akan sedar dan insaf. maka tidakkah kita akan lebih terluka? Maka, POhonlah kesabaran daripadaNya.

Nasib baik En Suami lebih terbuka kini untuk mendengar segala luahan saya. cukup untuk kami perdebatkan kerana isu-isu itu melibatkan kami secara langsung.

Sehingga hari ini, mereka tetap sama. Ada yang berubah sedikit ke arah kebaikan dan ada yang berubah banyak kearah materialistik. Ya Allah jauhkan saya daripada sikap itu sampai bila-bila. Saya masih tidak faham dengan sikap mereka yang sayangkan harta dan duit mereka untuk kegunaan mereka tetapi langsung tidak kisah untuk meminta daripada kami.

Ya Allah .. hanya padaMu aku meminta. Jadikanlah aku orang yang sabar, sabar, sabar dan sabar. Menerima  mereka dalam hidup kami, menghadapi tingkah mereka sehari-hari, menyimpan segala apa yang kami lalui tanpa perlu kami memburukkan mereka. Ya Allah jadikanlah aku seorang yang pemaaf, pemaaf dan pemaaf. Memaafkan mereka yang mengambil atas kesempatan atas kami, memaafkan mereka atas ketidakpedulian mereka atas nasib kami dan memaafkan diri kami saat kami hilang sabar terhadap mereka.

Sungguh... duit itu menjadi musuh yang sangat ketara. Sayangkan duit sendiri. Kadang-kadang kerana sikap mereka, aku pun terikut-ikut nak jadi macam mereka. Jangan bagi duit kita kat mereka. Tapi Alhamdulillah. Allah masih sayangkan kami. Saat marah itu hanya seketika. tiba masaknya, duit itu tidaklah kami simpan untuk kami semata-mata. Bersabarlah dalam menghadapi ujian ini. terllau kecil ujian saya ini berbanding orang lain.


April dan pesta buku.

Teringin nak pergi tetapi banyak lagi buku yang belum habis dibaca...... bila nak baca?


Saturday, April 19, 2014

DEbtors

Bismillahirrahmanirrahim ...

6.03am ... SEpanjang malam duk terfikir pasal ni je. Selalu duk berperang dengan diri, biarkanlah mereka.


Pada saya, orang yang berhutang yang enggan membayar hutang dan orang yang sayangkan duit mereka tetapi tidak segan silu untuk membelanjakan duit orang lain untuk kegunaan sendiri mempunyai masalah. Masalah mereka ialah attitude.

Sometimes, it's no longer about the money. It's about the attitude. The attitude of not willing to keep the promise (to repay debt, to delay repaying, to play  not guilty), the attitude of feeling nothing with spending other people's money and the attitude of as nothing was happened.

Pada saya, setiap satu sen, jika itu bukan duit kita dan atas nama pinjaman, kita sepatutnya membayar balik. Dan bila mana anda sayang duit anda tetapi langsung tidak rasa bersalah untuk menggunakan duit orang lain, anda sangat2 bermasalah.

Sebuah keluarga mampu berpecah hanya kerana wang. Tapi pada saya bukan kerana wang, tetapi disiplin diri. Jika anda menghormati setiap ahli keluarga, masalah ini tidak akan terjadi. Benar, yang senang patut membantu yang susah. Namun yang susah tidak selamanya susah. akan tiba masanya yang susah akan semakin baik. TEtapi patutkah mereka mengambil kesempatan lagi di waktu itu?

Bukan semua orang akan menagih bantuan setiap kali mereka susah. ada yang akan berdiam diri, dan melaluinya semampu mereka. TEtapi ada yang tidak sanggup bersusah sendiri dan tidak mengambil peduli tentang kesusahan orang lain asalkan kesusahan sendiri mampu diatasi.




Tuesday, April 15, 2014

frustrated ... tipah tertipu ...

bismillahirrahmanirrahim ....

Tadi, sementara tunggu Harris pergi sparring class, sempatlah menyinggah tesco seremban jaya. matlamatnya nak beli hanphone barulah.

Niat di hati nak beli Lenova A706. Tapi bila sampai, katanya model tu x ramai org beli, so dia x ada stock. Mulanya ingat nak ambik A516. Tapi katanya S720i lagi bagus.

Tanyalah tuan kedai tu ... quad core ke? android jelly bean ke? Dia kata ye. Tapi bila balik rumah, check spe utk S720 dual core dan ice cream sandwich .... sblm tu siap duk tanya pendapat org kat Fb & en suami. semua recommend Lenovo. Sekali saya dapat model yg sgt x best dr segi specnya.

Tapi kita tgklah seminggu dua.

Kuciwa, sedih ...

Sunday, April 13, 2014

di dalam dilema

bismillahirrahmanirrahim...

sehari dua ni saya berada di dalam dilema ....

pertama hp ... hp saya dah slow sgt ... jenuh en suami merecommend mcm2 hp. tapi satu pun sy x berkenan...

iphone 4 sy ini sgt best kecuali skarang dah sgt slow dan bateri mcm makin cepat habis.... yelah dah 4 thn pun usia hp tu ...

nak beli sambung ... sy x suka sbb baterinye cepat habis ... plus model sekarang semuanya gabak2 ... saya nak yg senang dipegang dan dijawab dgn menggunakan sebelah tangan sahaja ....

lenovo ... x berkenan pulak tgknya...

apple ... sy sukakan iphone 5 .. tp 8gb je yg ada ... 1phone 5c ngan 5s mcm panjang sgt ...

kedua ... saya duk berfikir .... kereta suami sy tu dah nak msk 8 thn dgn mileage 240k km .... sehari dia travel at least 180km. keadaannya memerlukan byk maintenance sejak kebelakangan ini.

so sy terfikir nak suruh dia tukar kereta. masalahnya kereta apa yg sesuai? sebabnya insya Allah andai semua urusan selesai, thn depa kami nak ke Perth. tapi menunggu thn depan yg entah bulan bila akan selesai kami akan mengambil kira sekurang2nya 365 hari untuk berangkat. sehari 200km x 330 hari bekerja =66000 km lagi yg perlu digunakan. by that time, mileage kereta suami sy akan mencecah 300k ...

kami juga perlu memikirkan harga jualan balik kereta baru yg ingin dibeli. supaya laku dan mudah dijual dgn harga yg baik.

setakat ini toyota altis dan prius menjadi perbandingan ....

Saturday, April 12, 2014

April semakin berlalu

Bismillahirrahmanirrahim....

Rajinnya menulis dalam bulan ni. Mood swing sungguh bulan ni. Masuk dua minggu dah April. baru berapa kali masuk dapur. Teringin nak pergi berjalan je rasa.

Tiba-tiba teringat Korea, tiba-tiba teringin nak ke Singapore, Perth. Entahlah ... teringin sangat nak berjalan-jalan. Kenapa bukan dalam Malaysia?. Sebab dah tak tahu nak pergi mana dalam Malaysia ni. Bila En Sumai bg cadangan, rasa macam tempat yang sama duk ulang-ulang. sama macam kalau keluar hujung minggu. Asyik-asyik JJ Seremban 2, Tak pun Alamanda.


Korea - spring 2008




Korea - Winter 2009(jan2010)




USS - 2009



HK Disneyland Nov 2008


Those days. rindunya. Nak berjalan dan berjalan lagi. Sekarang flight ticket mahal sangat utk berlima.


Monday, April 7, 2014

April : ?????

Bismillahirrahmanirrahim ....

April 2014 .... apa yang menarik

March 2014 ... En suami ke India for a week .. serious rasa lama benar seminggu tu. Nampak sangat jarang2 kena tinggal.

Balik dr India, budak2 start cuti sekolah. Jenuh fikir mana nak pergi. Mulanya nak ikut Busu pergi Singapore juga. Tapi busu pergi hari Rabu, Jumaat dah balik. Manakala kami, sampai Rabu aktiviti dah penuh. Kalau pergi pun KHamis br bertolak. Last2 kami pilih dalam Malaysia jelah. Azrah ada bengkel UPSR utk 2 hari, Harris ada athlete Camp utk Taekwondo dia pd hari Rabu.

Khamis kami bertolak ke Legoland. Pukul 7am pg dah bertolak. Harris ngan Azrah, both pilih nak ke Legoland Water Park. Sebab masa pergi tahun lepas, Water Park tak siap lagi, so kali ni diorg nak pergi ke Water Park pula. Tu dia, dari tiba pukul 10.30 diorang main sampai pukul 6pm. Ameena separuh hari je main. lps pukul 2, dia tidur sampai ke pukul 6.

Kali ni kami menginap di Le Grandeur, dekat Senai. Tak masuk JB langsungpun kali ini. Tapi JPO, dua kali kami singgah. hasil tangkapan pun boleh tahan. Harris shopping sakan di Legoland, Mama dan Azrah di JPO. Tu diaaa. Thanks to Abah yg sangat rajin melayan kami.

Start sekolah, semua kembali seperti biasa. Masuk je April, En suami demam, selsema dan batuk. MC sehari. 3 hari tak ke mana.

5 April Harris participate in his first taekwondo tournament. first match dah kalah. tak apalah. Master dia cakap, since this is his first tournament oklah. since bukannya dia tak melawan langsung. kena participate byk tournament lg. a very good exposure for him. Macam mana nak pergi Perth bulan 6 ni?

Bulan 6 ni Harris is schedule to have a tournament in Perth, tapi agak2 lepas ke? main satu match dah kalah? ni baru jemputan N. 9. Apa2 pun all the best Harris.

Masuk minggu ni. not so good mood dah .... apa pun kisahnya, always the same reason every year. May Allah jadikan saya org yg lebih sabar, sabar dan sabar. Astaghfirullahalazim....