bismillahirrahmanirrahim ...
suka benar agaknya membirakan blog ni berhabuk. sah-sah memang tak ada pembaca lain selain dr saya, tp at least tulislah. untuk kenangan masa hadapan.
2013 - azrah dah darjah lima. sekejap sungguh masa berlalu. harris dah masuk darjah 2. Ameena pun dah cerdik pandai dah sekarang. lasaknya kalah budak lelaki. suka memanjat (anak emak nih) ...
walaupun rutin harian yang sibuk, tapi menggembirakan saya. hantar anak ke sekolah skang en izwan yg bertanggungjawab. Isnin - KHamis penuh aktiviti diorang di sekolah. pukul 1 kerja mama hantar makan tengah hari, beg KAFA atau raket tenis. pukul 5 jemput balik rumah. keluar lagi utk kelas mengaji. walaupun full day, tapi rasanya utk aktiviti yg berfaedah dan menambah ilmu, apalah sangat semua tu kan?
hari ahad tugasab abah pulak ke hulu ke hilir. pagi klinik bola harris, tengah hari dan petang kelas taekwando pulak. semoga mereka berjaya dengan apa yang mereka usahakan dan minati tanpa meninggalkan suruhanNya, Insya Allah.
Nak cerita bab makanlah. dua hari lepas, tengok gambar roti jala yang dipos oleh geng lama kat UUM, terus dan dan tu juga saya pun menjala. walaupun pewarna kuning tak ada, rembat je warna oren. licin jugak en izwan makan. hari ni pulak, balik je dr jemput diorg balik KAFA, terus masuk dapur buat bubur kacang dan blueberry cheesetart. nak memasak ni tak boleh plan, kalau plan selalu tak menjadi. Make sure bahan sentiasa ada kat rumah, terasa ada mood je terus bancuh dan masak. taraaa siap.
manuskrip - hmm .. bab ni macam tak tahu nak komen apa. my first submission sent in Dec 2012, got a positive feedback but still need to be touched up here and there. They gave couples of suggestion to be added or to be replaced. I just don't know, am i really talented in this area? or i am forcing myself to write. there are many new writers and authors these days, their books much better than mine. the idea, the plot, the scenario, the story, the message, the writing style ... definitely are way better than mine. it's not easy to finish one story. The first story. Allah, please help me, guide me and inspire me to write.
Suka duka hidup? hmmmm biasalah. masih macam biasa. belum lepas dari kekangan kewangan yang mencengkam lagi. Kadang tak tahulah, mungkin ini ujian utk saya.
bosanlah cerita pasal sedih. nak cerita pasal angan-angan yang tak tahu berjaya ke tak ni. nak buat kebun sayur sendiri kat rumah. Hahaha, entah hidup ke tak lah pokok-pokok tu nanti. Tahap kerajinan untuk menjaga pokok tu sangat minima. sama tahap macam nak lipat kain, boleh tak guna perumpamaan macam tu? heheheh.
Apa-apa pun harap kebun sayur saya menjadi, anak-anak dan suami smeua sihat. saya sepatutnya lebih sihat sebab saya ada keluarga yang nak saya jaga.
Thursday, March 14, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment