Thursday, March 21, 2013

REaliti sebuah kehidupan

sekarang, saya rasa saya boleh faham kenapa orang yang tidak bekerja merasa rendah diri. bukan kerana mereka tiada bekerjaya atau tiada bergaji, tetapi pandangan rakan-rakan dan saudara mara terhadap mereka atau kami.

inilah realitinya. seorang yang tidak bekerjaya dipandang sepi. seolah-olah mereka tidak mempunyai minda dan akal fikiran yang masih boleh berfikir dan memproses apa saja perkara yang sedang berlaku di sekeliling mereka. saya cuba menolak perasaan sedih atau kecil hati dengan mereka, namun realiti sebuah kehidupan itu sangat memeritkan.

tiada lagi panggilan telefon daripada rakan-rakan, tiada lagi jemputan ke rumah terbuka atau sesi makan-makan. malahan teguran di alam maya juga jarang bersambut.

dari sudut manakah seseorang itu dinilai peribadi mereka? pangkatnya? pendidikannya? gajinya? kerjayanya? atau diri mereka?

pada saya seorang yang bergelar saudara apa jua status mereka tidak menghalang saya untuk bergaul. kecuali mereka yang saya anggap boleh memberikan impak negatif dalam perhubungan kami.

seorang demi seorang layak untuk saya 'unfriend'kan jika diguna istilah 'facebook'nya.

tidak mengapalah. apalah maknaya kawan sampai beratus, namun tidak sampai lima orang yang benar-benar ikhlas dan tulus berkawan dengan saya. menerima segala baik buruk saya. kelebihan dan kekurangan saya.

sesungguhnya yang indah itu kenangan, yang pedih itu pengalaman. yang menyakitkan itu pengajaran. semoga saya tidak akan kalah dalam memerangi sisi negatif dalam diri saya.

Thursday, March 14, 2013

2013 .. adakah saya hanya update blog setahun sekali?

bismillahirrahmanirrahim ...

suka benar agaknya membirakan blog ni berhabuk. sah-sah memang tak ada pembaca lain selain dr saya, tp at least tulislah. untuk kenangan masa hadapan.

2013 - azrah dah darjah lima. sekejap sungguh masa berlalu. harris dah masuk darjah 2. Ameena pun dah cerdik pandai dah sekarang. lasaknya kalah budak lelaki. suka memanjat (anak emak nih) ...

walaupun rutin harian yang sibuk, tapi menggembirakan saya. hantar anak ke sekolah skang en izwan yg bertanggungjawab. Isnin - KHamis penuh aktiviti diorang di sekolah. pukul 1  kerja mama hantar makan tengah hari, beg KAFA atau raket tenis. pukul 5 jemput balik rumah. keluar lagi utk kelas mengaji. walaupun full day, tapi rasanya utk aktiviti yg berfaedah dan menambah ilmu, apalah sangat semua tu kan?

hari ahad tugasab abah pulak ke hulu ke hilir. pagi klinik bola harris, tengah hari dan petang kelas taekwando pulak. semoga mereka berjaya dengan apa yang mereka usahakan dan minati tanpa meninggalkan suruhanNya, Insya Allah.

Nak cerita bab makanlah. dua hari lepas, tengok gambar roti jala yang dipos oleh geng lama kat UUM, terus dan dan tu juga saya pun menjala. walaupun pewarna kuning tak ada, rembat je warna oren. licin jugak en izwan makan. hari ni pulak, balik je dr jemput diorg balik KAFA, terus masuk dapur buat bubur kacang dan blueberry cheesetart. nak memasak ni tak boleh plan, kalau plan selalu tak menjadi. Make sure bahan sentiasa ada kat rumah, terasa ada mood je terus bancuh dan masak. taraaa siap.

manuskrip - hmm .. bab ni macam tak tahu nak komen apa. my first submission sent in Dec 2012, got a positive feedback but still need to be touched up here and there. They gave couples of suggestion to be added or to be replaced. I just don't know, am i really talented in this area? or i am forcing myself to write. there are many new writers and authors these days, their books much better than mine. the idea, the plot, the scenario, the story, the message, the writing style ... definitely are way better than mine. it's not easy to finish one story. The first story. Allah, please help me, guide me and inspire me to write.

Suka duka hidup? hmmmm  biasalah. masih macam biasa. belum lepas dari kekangan kewangan yang mencengkam lagi. Kadang tak tahulah, mungkin ini ujian utk saya.

bosanlah cerita pasal sedih. nak cerita pasal angan-angan yang tak tahu berjaya ke tak ni. nak buat kebun sayur sendiri kat rumah. Hahaha, entah hidup ke tak lah pokok-pokok tu nanti. Tahap kerajinan untuk menjaga pokok tu sangat minima. sama tahap macam nak lipat kain, boleh tak guna perumpamaan macam tu? heheheh.

Apa-apa pun harap kebun sayur saya menjadi, anak-anak dan suami smeua sihat. saya sepatutnya lebih sihat sebab saya ada keluarga yang nak saya jaga.

Monday, May 7, 2012

may 2012

bismillahirrahmanirrahim...

dah hampir setahun berpisah dengan blog. suka duka sepanjang setahun yg lepas tdk berkesempatan utk ditulis. namun apa jua cerita, moodnya tetap sama. sedih, marah, dendam, benci, meluat, gembira. dan kehidupan masih diteruskan. Alhamdulillah atas nikmat umur, kesihatan, anak2 yg diberi. tidak ingin meminta lebih drpdNya. cukuplah diri dan anak2 sentiasa di bawah lindunganNya dari segala kecelakaan, kemalangan, dengki khianat manusia, jin dan iblis.
Walaupun tahun ini sangat penuh dengan sejarah bermalam di hospital, saya tetap bersyukur. sekurang-kurangnya ujian itu saya mampu tempuhi. Ya Allah kau ujilah aku dgn ujian yg hanya mampu untuk aku hadapi.
Azrah sudah jadi bizgirl skang, sibuk menjual cookies. Alhamdulillah, ada rezeki untuk dia menabung. Harris pun tumpang juga. Jual cookies dan aiskrim. Walaupun ada persaingan, cuba meyakinkan diri rezeki masing-masing Allah sudah sediakan, ada rezeki adalah, kita sudah berusaha.
Ahli baru yg namanya belum lagi disebut di sini, Nor Ameena sudah nak masuk 5 bulan. sekejap je masa berlalu. kadang-kadang berharap moga masa tidak berlalu terlalu pantas. Setiap kali melihat ameena, terasa sedih mengenangkan harris yg tidak dapat diberi sepenuh perhatian sewaktu sebaya dgnnya. dan setiap kali itulah saya merasakan keputusan utk tdk bekerja sgt tepat. walau sedih kerana tdk mempunyai masa, wang & kerjaya utk diri sendiri, namun semoga saya tdk kesal lagi spt mana saya kesal tdk membesarkan harris dgn air tangan saya sepenuhnya.
Saya tak pernah tulis disini rupanya, harris tlh didiagnos mempunyai masalah pembelajaran dyslexia oleh persatuan dyslexia malaysia pada bulan september thn lepas. Kerana sukarnya utk mengikuti kelas khas di selangor mahupun kl, kami membuat keputusan utk berpindah ke seremban pada okt 2011. menumpang lbh kurang sebulan lebih di rumah busu sblm menyewa di lavender heights juga. Setelah mengikuti kelas khas tersebut selama 2 bln lbh, harris dapat menempuhi alam persekolah di SK Panchor dgn lebih baik. harris kini sdh boleh membaca dan menulis. tulisannnya juga sudah jauh lbh cantik. terima kasih atas bimbingan guru di kelas dyslexia seremban. Dalam pada itu, Harris mempunyai kegilaan yang memuncak terhadap bola sepak. Disebabkan itu, dia telah didaftarkan utk mengikuti klinik bola sepak anjuran PBNS. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia dapat bermain bola sepak di saluran yg betul dan dapat menerima tunjuk ajar yg sepatutnya. 2 hari lepas dia mengikuti karnival bola sepak. walaupun pasukannya 2 kali kalah dan sekali menang, dia sdh cukup berpuas hati. menurutnya dia menyumbangkan 2 biji gol utk pasukkannya.
April sepatutnya bulan buku, tapi thn ni kami ke PBAKL tanpa sempat meronda. Hanya azrah yg sempat merembat 4 biji buku. Orang terlalu sesak dan pada saya sistem keluar masuk yg dilaksanakan oleh pihak penganjur tdk efektif utk menangani org ramai yg berpusu2 datang. Pintu masuk hanya satu disaat kemuncak orang sedang masuk sdgkan pintu keluar ada 2 yg hanya beberapa org manusia sahaja yg keluar dr situ. Sungguh tdk lancar dan berkesan pengelolaan pihak penganjur.
Penat sudah menulis. walaupun terasa masih banyak yg ingin dicoret tetapi hati dan minda tidak selari utk bekerjasama di saat ini. hingga catatan akan datang. Wassalam

Monday, June 27, 2011

wah ... berhabuk blog ini...

dua bulan tanpa cerita ...

2011 mmg menguji kesabaran dan iman sungguh. byk sangat dugaan. Tapi dugaan yang diingat .. lupa tentang nikmat yang diberi. Alhamdulillah. Tak terjangka pulak akan pregnant lagi walau memang merancang. terkejut waktu terasa diri mula terasa pelik. diikuti dengan result 2 line dr pregnancy tester.

en hubby pun sangat pening sebelumnya. dengan pelbagai masalah diri. Akhirnya mengusulkan kepadany utk mengerjakan umrah. Alhamdulillah rezeki dia. semua urusan berjalan dengan sangat mudah. sebaik confirm flight, masa tulah tau diri ni berbadan dua. tak terjangka yang sickness kali ni sgt mencabar.

2-3 hari dia pergi, ok lagi bolehlah kotrol, makin lama makin teruk keadaan diri. bermula dgn mak seremban yg temankan sampai padi temankan ... diri makin lembik ... akhirnya padi yg kena buat byk benda ... dan akhirnya bila en hubby balik .. semua dia yg handle .... loya muntah .. pening ... tak leh tdo malam ... this is the worst ever ... mungkin sbb usia ...

sepanjang dua bulan ... mmg x keluar ke mana ... sesekali ke klinik... dlm bulan 6 ni br 2 kali kluar utk mkn ... tu pun mmg x leh berlama2an .... pening ... kalau kluar pun takat duduk menunggu diorg merayau ...


kesian my hubby ... kena uruskan anak2 skolah .. g keje.. basuh pinggan, baju .. kemas rumah ... emmang x leh buat apa. semua dia yg buat ... maka kalau rumah selerak .... x berdaya nak membebel ....

tak pernah x boleh minum air ... inilah first time rasa x boleh minum air ... tertekan .. iman mmg senipis kulit bawang .. duk fikir kenapa berat benar ujian kali ni ... akhirnya stlh melepasi 12 minggu ...

Alhamdulillah .. selera makan makin ok... tapi tdo malam masih gagal ... sangat tension ...

semoga hari2 makin bertambah baik ....

Sunday, April 24, 2011

pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2011


setelah menghitung hari sejak dua minggu lepas, akhirnya pbakl tiba juga. Seronoknya dapat memborong buku. Azrahlah yang paling banyak borong buku. Sekian lama duk tunggu nak beli buku-buku baru terbitan JS, ahirnya tercapailah juga.

sampai je rumah malam tu lepas makan malam kat restoran jepun kat seri pacific KL, terus sambar baju melayu hijau serindit ... syud as ever .. cerita dia sangat sweet .. suke cara dia bercerita .. ayat simple2, yet sangat terasa di hati ... duk ralit membaca tengok jam dah pukul 4 pagi waktu habiskan buku tu.

paginya selepas bangun subuh dan en izwan g kerja, terus je sambung tidur. sedar-sedar dah pukul 1 tengah hari. bangun mandi sembahyang dan makan. lepas asar hujan lebat sungguh dengan kilat, guruh sampai power trip. last2 tiga2 tertido. sedar x sedar lima minit lagi nak pukul lapan. terus bangun, mandi dan maghrib.

bila en izwan balik, dia lapar, tengok bawang sume dah habis tinggal bwg besar holland je sebiji, maka terus la potong2 ayam, sosej, sayur dan bawang. panaskan air utk rebus spaghetti. dalam bertelekung, settle lah buat preparation masak. Isyak dulu baru sambung masak.

malam sambung lagi dengan contengan jalanan hlovate, selak dua tiga helai serius tak faham apa juga istilah2 alat2 muzik dan muzik ataus eni yang digunakan. Namun cerita hlovate dr dulu sampai sekarang sangat menyedarkan. habis membaca sedar x sedar air mata menangis, bukan kisah cinta pun tapi sangat mendalam. thanks hlovate ...

tengok jam dah kul 3 pagi, en izwan pesan suruh kejut dia pagi nanti nak g kerja, kalau tido, sure terbabas. sambung baca langsir biji remia. baca2 tengok jam dah kul 5 pagi. berhenti sekejap. wudhuk, tahajjud, sunat taubat, sunat hajat dan witir. sungguh2 menangis , kesan bacaan contengan jalanan. menyedari betapa diri sangat kerdil dan hina ....sementara tunggu subuh sempat baca 2 ms surah az-zumar. selesai subuh, kejut en izwan. sementara tunggu dia g kerja, habiskan dulu langsir biji remia. dia dah pergi keje, buku x hbs2 lagi. habiskan dulu. dah hbs tengok jam dah pukul lapan. dhulalah sekejap. lepas dhuha terus tertido .....

bangun kul 1, mandi sembahyang dan keluar cari mknn. lepas tu sambung pulak dengan untuk awak teja aulia. tertekan menunggu pengakhirannya. namun sedkit frust pengakhirannya terlalu pendek, ringkas.

namun saya sangat terhibur dan kagum dengan ketiga2 penulis ini, hlovate, syud dan kak su.

hlovate kisahnya yg selalu berkisarkan kehidupan seorang skater atau pemuzik atau artist yang akhirnya menemui jalan kembali kepadaNya. ayata2nya cukup simple dan ringkas. tetapi pemilihan kata yang sangat bijak, tepat dan menarik. Pada saya hlovate dianugerahkan sesuatu yg sangat bernilai kepadanya dan dia langsung tidak mensia-siakan anugerah itu, menarik pembaca ke arah yg lebih baik .. of course utk mereka yang diizinkanNya .... insya Allah ...

syud dengan kisah cinta yang sangat sweet tanpa melanggar batas2 pastinya ..

kak su dengan pengakhiran yang tak pernah diduga .... bahasa2 yang puitis dan seperti mendengar kak su sdg bercerita ...

saya ingin menjadi penulis yang mampu menjadi seperti ketiga2 mereka ini, cerita yang sweet, yang mengingatkan kita tentang siapa kita di muka bumi ini dan mempunyai tarikan tersendiri.

Thursday, April 7, 2011

gempa sana sini

hari ini 8 April 2011, hampir sebulan selepas gempa dan tsunami di jepun. Rasanya dalam tempoh sebulan ini, banyak sangat berita gempa bumi di sana sini. Kita umat akhir zaman, kiamat itu pasti dan bila-bila masa saja akan terjadi.

semalam ada gempa lagi di jepun, sekuat 7.4magnitud. di mexico juga ada beberapa minit selepas itu. indoneisa juga dalam minggu ini sduah berapa kali terjadinya gempa. bagi kita di malaysia yang sekali terasa dalam beberapa kali siri yang terjadi, tidak cukup untuk memahami perasaan mereka yang merasai.

kisah bumi merekah, umat ditelan bumi bukan cerita asing utk kita org Islam. Di dalam Al Quran sendiri banyak ayat yang menceritakan tentang kejadian2 sebegini. Allah memberi amaran. Balasan utk mereka yang menduakannya, ujian buat mereka yang beriman.

setiap hari yang dilalui terasa diri semakin jauh kembali. Berusaha mencari diri sedaya upaya supaya Dia yang sentiasa menjadi destinasi/matlamat setiap aktiviti. Semoga dia memberi hidayah, kekuatan dan kesungguhan dalam diri ini. Insya Allah. amin

Sunday, April 3, 2011

semangat menulis yg sangat tinggi

entahlah saya ini kategori penulis yg mcm mana. yg pentingnaya layakkah dipanggil penulis. saya menulis ikut suka hati. meluahkan apa yg dirasa, dilihat dan dipendam sekian lama. ada yg mengikut pengalmana sendiri, ada dri perhatian melihat sekitar ada juga kerana ingin menyampaikan tetapiu tdk pernah kesampaian. melalui tulisan saya berharap apa yg saya ingin luahkan tercapai tanpa perlu menyakitkan hati sesiapa.

Alhamdulillah, cerita yang saya mulakan dan guna sewaktu menghadiri bengkel penulisan sudah berkembang. tapi saya punya masalah. bagaimana harus mengakhirinya.

saya pelik dgn diri sendir, tgh sibuk menulis satu cerita, idea utk cerita lian sudah dtg. ingin dibiarkan terasa sayang. lantas dua tiga dibalun sekali. harap2 semua ada pengakhirannya.

nisa dan adam, nadia dan halim dan juga ghazi dan aina