Bismillahirrahmanirrahim ...
masih lagi diheret isu yang sama. Kadang-kadang bila terlalu banyak banyak yang disimpan, berdiam diri adalah tindakan yang terbaik boleh diambil. kenapa? sekali kita membuka mulut, bimbang akan setiap satu akan berkaitan dan tanpa kita sedari kita telah meluahkan segalanya. Pastinya semua yang kita simpan itu bukan benda yang baik. Kalau perkara yang baik sudah pasti kita telah meluahkan lama dahulu.
Setiap perkara buruk yang kita simpan, ketahuilah kita menghndarkan diri kita dari melukakan diri kita sendiri. Mereka yang terlibat andai terdengar pasti terluka dan terasa. Tapi belum tentu akan sedar dan insaf. maka tidakkah kita akan lebih terluka? Maka, POhonlah kesabaran daripadaNya.
Nasib baik En Suami lebih terbuka kini untuk mendengar segala luahan saya. cukup untuk kami perdebatkan kerana isu-isu itu melibatkan kami secara langsung.
Sehingga hari ini, mereka tetap sama. Ada yang berubah sedikit ke arah kebaikan dan ada yang berubah banyak kearah materialistik. Ya Allah jauhkan saya daripada sikap itu sampai bila-bila. Saya masih tidak faham dengan sikap mereka yang sayangkan harta dan duit mereka untuk kegunaan mereka tetapi langsung tidak kisah untuk meminta daripada kami.
Ya Allah .. hanya padaMu aku meminta. Jadikanlah aku orang yang sabar, sabar, sabar dan sabar. Menerima mereka dalam hidup kami, menghadapi tingkah mereka sehari-hari, menyimpan segala apa yang kami lalui tanpa perlu kami memburukkan mereka. Ya Allah jadikanlah aku seorang yang pemaaf, pemaaf dan pemaaf. Memaafkan mereka yang mengambil atas kesempatan atas kami, memaafkan mereka atas ketidakpedulian mereka atas nasib kami dan memaafkan diri kami saat kami hilang sabar terhadap mereka.
Sungguh... duit itu menjadi musuh yang sangat ketara. Sayangkan duit sendiri. Kadang-kadang kerana sikap mereka, aku pun terikut-ikut nak jadi macam mereka. Jangan bagi duit kita kat mereka. Tapi Alhamdulillah. Allah masih sayangkan kami. Saat marah itu hanya seketika. tiba masaknya, duit itu tidaklah kami simpan untuk kami semata-mata. Bersabarlah dalam menghadapi ujian ini. terllau kecil ujian saya ini berbanding orang lain.
April dan pesta buku.
Teringin nak pergi tetapi banyak lagi buku yang belum habis dibaca...... bila nak baca?
Thursday, April 24, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment