Bismillahirrahmanirrahim ...
6.03am ... SEpanjang malam duk terfikir pasal ni je. Selalu duk berperang dengan diri, biarkanlah mereka.
Pada saya, orang yang berhutang yang enggan membayar hutang dan orang yang sayangkan duit mereka tetapi tidak segan silu untuk membelanjakan duit orang lain untuk kegunaan sendiri mempunyai masalah. Masalah mereka ialah attitude.
Sometimes, it's no longer about the money. It's about the attitude. The attitude of not willing to keep the promise (to repay debt, to delay repaying, to play not guilty), the attitude of feeling nothing with spending other people's money and the attitude of as nothing was happened.
Pada saya, setiap satu sen, jika itu bukan duit kita dan atas nama pinjaman, kita sepatutnya membayar balik. Dan bila mana anda sayang duit anda tetapi langsung tidak rasa bersalah untuk menggunakan duit orang lain, anda sangat2 bermasalah.
Sebuah keluarga mampu berpecah hanya kerana wang. Tapi pada saya bukan kerana wang, tetapi disiplin diri. Jika anda menghormati setiap ahli keluarga, masalah ini tidak akan terjadi. Benar, yang senang patut membantu yang susah. Namun yang susah tidak selamanya susah. akan tiba masanya yang susah akan semakin baik. TEtapi patutkah mereka mengambil kesempatan lagi di waktu itu?
Bukan semua orang akan menagih bantuan setiap kali mereka susah. ada yang akan berdiam diri, dan melaluinya semampu mereka. TEtapi ada yang tidak sanggup bersusah sendiri dan tidak mengambil peduli tentang kesusahan orang lain asalkan kesusahan sendiri mampu diatasi.
Saturday, April 19, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment