Wednesday, May 28, 2014

Ubat Selsema

BIsmillahirrahmanirrahim

Ubat selsema ni gunanya untuk ubat tahan gatal dan ubat alergik juga. Since saya ini sangatlah alah dengan debu, terutamanya mata, maka agak kerap jugalah saya telan ubat ini.

Dia ada dua jenis ubat. satu yang tidak mengantuk dan satu yang mengantuk. saya jarang makan yang mengantuk sebab saya takut mengganggu urusan saya keluar masuk rumah.

tapi semenjak dua menjak ni ubat yang dikatakan tidak memberi kesan mengantuk itu juga mampu membuatkan saya mengantuk sampai 12 jam .

Tuesday, May 27, 2014

Mei dah hampir berlalu yang ditunggu tak kunjung tiba

bismillahirrahmanirrahim...

dah 27 hb. sekejap je Mei dah nak habis.

bulan ni cuba2 beli guna groupon. kali ni beli photobook dgn harga rm10 dan luggage set tiga dgn harga rm299.

Photobook sampai hari ni, luggage belum sampai2 lagi.

ada benda lain juga yang ditunggu belum sampai. maka, perancangan balik kampung juga tergendala. bilakah akan sampai? janjinya minggu lepas, kemudian minggu ni ... harapnya sampai la minggu ni ....

Sunday, May 11, 2014

Mei dah ...

Bismillahirrahmanirrahim ....

Dah 12 mEi. hari ni Azrah dgn Harris mula periksa pertengahan tahun. Harap2 bolehlah jawab, walaupun duk main sepanjang weekend.

Tak tahu lagi nak balik kg ke tak cuti sekolah ni. ikut hati memang nak balik. macam-macam makanan duk terbayang kat kepala ni. Tapi tak tahu Azah ada kelas ke tak, en suami pun cuti tak banyak. Malas nak suruh dia tinggal sana kemudian datang balik jemput kami.

Stress weh tengok rumah yang penuh dengan barang. Lepas dibersihkan pun masih berlambak-lambak lagi barang. Mana nak letak? Nak buang sayang sebab elok lagi, nak jual ambil masa utk habis, nak bagi kepada orang tak tahu siapa dah nak bagi.

Hari tu Ameena demam panas 3 hari berturut2. Baik je demam keluar rashes. Ingatkan measles. Dr kata bukan measles  sebab keluar lepas demam dha kebah. Nama dia Roseola. Lepas Ameena baik, Harris pulak demam panas. semua main temp 38-39. Tak tidur malam hampir dua minggu. Sakit kepala, badan semua. Mamanya pula tak habis-habis selsema dan allergik. Duk asyik telan ubat allergy jelah.

Kalau ikut perancangan, hari ni hari last WKC 281 dengan kami. Moga Allah permudahkan semua urusan kami. Insya Allah.

Dah gatal mata dah. Nak mandi dan nak tidur.




Thursday, April 24, 2014

April.. Pesta Buku ... Duit ... Sikap

Bismillahirrahmanirrahim ...

masih lagi diheret isu yang sama. Kadang-kadang bila terlalu banyak banyak yang disimpan, berdiam diri adalah tindakan yang terbaik boleh diambil. kenapa? sekali kita membuka mulut, bimbang akan setiap satu akan berkaitan dan tanpa kita sedari kita telah meluahkan segalanya. Pastinya semua yang kita simpan itu bukan benda yang baik. Kalau perkara yang baik sudah pasti kita telah meluahkan lama dahulu.

Setiap perkara buruk yang kita simpan, ketahuilah kita menghndarkan diri kita dari melukakan diri kita sendiri. Mereka yang terlibat andai terdengar pasti terluka dan terasa. Tapi belum tentu akan sedar dan insaf. maka tidakkah kita akan lebih terluka? Maka, POhonlah kesabaran daripadaNya.

Nasib baik En Suami lebih terbuka kini untuk mendengar segala luahan saya. cukup untuk kami perdebatkan kerana isu-isu itu melibatkan kami secara langsung.

Sehingga hari ini, mereka tetap sama. Ada yang berubah sedikit ke arah kebaikan dan ada yang berubah banyak kearah materialistik. Ya Allah jauhkan saya daripada sikap itu sampai bila-bila. Saya masih tidak faham dengan sikap mereka yang sayangkan harta dan duit mereka untuk kegunaan mereka tetapi langsung tidak kisah untuk meminta daripada kami.

Ya Allah .. hanya padaMu aku meminta. Jadikanlah aku orang yang sabar, sabar, sabar dan sabar. Menerima  mereka dalam hidup kami, menghadapi tingkah mereka sehari-hari, menyimpan segala apa yang kami lalui tanpa perlu kami memburukkan mereka. Ya Allah jadikanlah aku seorang yang pemaaf, pemaaf dan pemaaf. Memaafkan mereka yang mengambil atas kesempatan atas kami, memaafkan mereka atas ketidakpedulian mereka atas nasib kami dan memaafkan diri kami saat kami hilang sabar terhadap mereka.

Sungguh... duit itu menjadi musuh yang sangat ketara. Sayangkan duit sendiri. Kadang-kadang kerana sikap mereka, aku pun terikut-ikut nak jadi macam mereka. Jangan bagi duit kita kat mereka. Tapi Alhamdulillah. Allah masih sayangkan kami. Saat marah itu hanya seketika. tiba masaknya, duit itu tidaklah kami simpan untuk kami semata-mata. Bersabarlah dalam menghadapi ujian ini. terllau kecil ujian saya ini berbanding orang lain.


April dan pesta buku.

Teringin nak pergi tetapi banyak lagi buku yang belum habis dibaca...... bila nak baca?


Saturday, April 19, 2014

DEbtors

Bismillahirrahmanirrahim ...

6.03am ... SEpanjang malam duk terfikir pasal ni je. Selalu duk berperang dengan diri, biarkanlah mereka.


Pada saya, orang yang berhutang yang enggan membayar hutang dan orang yang sayangkan duit mereka tetapi tidak segan silu untuk membelanjakan duit orang lain untuk kegunaan sendiri mempunyai masalah. Masalah mereka ialah attitude.

Sometimes, it's no longer about the money. It's about the attitude. The attitude of not willing to keep the promise (to repay debt, to delay repaying, to play  not guilty), the attitude of feeling nothing with spending other people's money and the attitude of as nothing was happened.

Pada saya, setiap satu sen, jika itu bukan duit kita dan atas nama pinjaman, kita sepatutnya membayar balik. Dan bila mana anda sayang duit anda tetapi langsung tidak rasa bersalah untuk menggunakan duit orang lain, anda sangat2 bermasalah.

Sebuah keluarga mampu berpecah hanya kerana wang. Tapi pada saya bukan kerana wang, tetapi disiplin diri. Jika anda menghormati setiap ahli keluarga, masalah ini tidak akan terjadi. Benar, yang senang patut membantu yang susah. Namun yang susah tidak selamanya susah. akan tiba masanya yang susah akan semakin baik. TEtapi patutkah mereka mengambil kesempatan lagi di waktu itu?

Bukan semua orang akan menagih bantuan setiap kali mereka susah. ada yang akan berdiam diri, dan melaluinya semampu mereka. TEtapi ada yang tidak sanggup bersusah sendiri dan tidak mengambil peduli tentang kesusahan orang lain asalkan kesusahan sendiri mampu diatasi.




Tuesday, April 15, 2014

frustrated ... tipah tertipu ...

bismillahirrahmanirrahim ....

Tadi, sementara tunggu Harris pergi sparring class, sempatlah menyinggah tesco seremban jaya. matlamatnya nak beli hanphone barulah.

Niat di hati nak beli Lenova A706. Tapi bila sampai, katanya model tu x ramai org beli, so dia x ada stock. Mulanya ingat nak ambik A516. Tapi katanya S720i lagi bagus.

Tanyalah tuan kedai tu ... quad core ke? android jelly bean ke? Dia kata ye. Tapi bila balik rumah, check spe utk S720 dual core dan ice cream sandwich .... sblm tu siap duk tanya pendapat org kat Fb & en suami. semua recommend Lenovo. Sekali saya dapat model yg sgt x best dr segi specnya.

Tapi kita tgklah seminggu dua.

Kuciwa, sedih ...

Sunday, April 13, 2014

di dalam dilema

bismillahirrahmanirrahim...

sehari dua ni saya berada di dalam dilema ....

pertama hp ... hp saya dah slow sgt ... jenuh en suami merecommend mcm2 hp. tapi satu pun sy x berkenan...

iphone 4 sy ini sgt best kecuali skarang dah sgt slow dan bateri mcm makin cepat habis.... yelah dah 4 thn pun usia hp tu ...

nak beli sambung ... sy x suka sbb baterinye cepat habis ... plus model sekarang semuanya gabak2 ... saya nak yg senang dipegang dan dijawab dgn menggunakan sebelah tangan sahaja ....

lenovo ... x berkenan pulak tgknya...

apple ... sy sukakan iphone 5 .. tp 8gb je yg ada ... 1phone 5c ngan 5s mcm panjang sgt ...

kedua ... saya duk berfikir .... kereta suami sy tu dah nak msk 8 thn dgn mileage 240k km .... sehari dia travel at least 180km. keadaannya memerlukan byk maintenance sejak kebelakangan ini.

so sy terfikir nak suruh dia tukar kereta. masalahnya kereta apa yg sesuai? sebabnya insya Allah andai semua urusan selesai, thn depa kami nak ke Perth. tapi menunggu thn depan yg entah bulan bila akan selesai kami akan mengambil kira sekurang2nya 365 hari untuk berangkat. sehari 200km x 330 hari bekerja =66000 km lagi yg perlu digunakan. by that time, mileage kereta suami sy akan mencecah 300k ...

kami juga perlu memikirkan harga jualan balik kereta baru yg ingin dibeli. supaya laku dan mudah dijual dgn harga yg baik.

setakat ini toyota altis dan prius menjadi perbandingan ....