Dah dekat seminggu dah pun masuk tahun baru Hijrah, sungguh-sungguh lupa tentang blog ini. Tiba-tiba menulis dalam BM di blog ini, sangat terasa janggal. Ini akibat diserang penyakit gediks bab kata Kak Su (Penulis, Pengarang & Editor) ..
Semoga tahun baru ini, saya akan menjadi manusia yang lebih berjaya.
Mengutip ilmu daripada orang yang jauh berpengalaman dalam bidang penulisan, terasa diri tersangat kerdil. Mengenali rakan-rakan baru yang sedang sama-sama bertatih untuk menulis, saya terasa bersemangat untuk menulis dan mengarang ...
Penulis dan Pengarang ... dua nama berbeza peranan pun berbeza ... jadilah pengarang yang mampu mengajak pembaca menjadi orang yang lebih baik dari semalam ...
Semoga saya juga akan menjadi manusia yang lebih positif di hari-hari yang mendatang. Hidup teramat singkat, gunakanlah dengan sepenuhnya dan sebaik mungkin. Minimunkan kesalahan dan kecuaian ... namun selebihnya Dia jua yang menentukan ...
Sayangilah kanak-kanak
kerana itu masa silam kita
Masa silam yang tak mampu kita ulangi
walau kita manusia terkaya sekalipun
Masa yang sangat menggembirakan
Masa yang kita tidak perlu fikir tentang masalah
Masa di mana kita sahaja yang betul
Masa di mana kita merasakan ibu ayah tidak menyayangi kita
Masa kita jatuh bangun bermain guli dan bola selipar
Masa kita berseronok mandi hujan tanpa fikir tentang akibatnya
DEkatilah remaja
kerana mereka sangat sensitif
silap percaturan kita mungkin kehilangan mereka
kehilangan rasa percaya daripada mereka
kehilangan rasa kasih yang telah kita semai
kehilangan rasa hormat yang kita harapkan
kerana kita pernah remaja
Masa remaja itulah yang mencorakkan kita menjadi insan di hari ini
Masa yang menguatkan kita untuk seteguh sekarang
Masa yang mengajar kita apa erti sebuah kegagalan dan kekecewaan
Masa yang berjalan seiring dengan meningkatnya usia kita
Hormatilah orang tua
Kerana itu masa hadapan kita
suatu masa andai diizinkanNya
kita pasti merasa
sayunya saat berjauhan dengan anak-anak
saat melambai anak cucu kembali ke rumah masing-masing
setelah bercuti di kampung halaman
saat kita kita sakit, dan kita terpaksa mengharapkan bantuan orang lain
saat kita tiada lagi kudrat untuk membantu diri kita sendiri
Monday, December 13, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)