bismillahirrahmanirrahim...
dah hampir setahun berpisah dengan blog. suka duka sepanjang setahun yg lepas tdk berkesempatan utk ditulis. namun apa jua cerita, moodnya tetap sama. sedih, marah, dendam, benci, meluat, gembira. dan kehidupan masih diteruskan. Alhamdulillah atas nikmat umur, kesihatan, anak2 yg diberi. tidak ingin meminta lebih drpdNya. cukuplah diri dan anak2 sentiasa di bawah lindunganNya dari segala kecelakaan, kemalangan, dengki khianat manusia, jin dan iblis.
Walaupun tahun ini sangat penuh dengan sejarah bermalam di hospital, saya tetap bersyukur. sekurang-kurangnya ujian itu saya mampu tempuhi. Ya Allah kau ujilah aku dgn ujian yg hanya mampu untuk aku hadapi.
Azrah sudah jadi bizgirl skang, sibuk menjual cookies. Alhamdulillah, ada rezeki untuk dia menabung. Harris pun tumpang juga. Jual cookies dan aiskrim. Walaupun ada persaingan, cuba meyakinkan diri rezeki masing-masing Allah sudah sediakan, ada rezeki adalah, kita sudah berusaha.
Ahli baru yg namanya belum lagi disebut di sini, Nor Ameena sudah nak masuk 5 bulan. sekejap je masa berlalu. kadang-kadang berharap moga masa tidak berlalu terlalu pantas. Setiap kali melihat ameena, terasa sedih mengenangkan harris yg tidak dapat diberi sepenuh perhatian sewaktu sebaya dgnnya. dan setiap kali itulah saya merasakan keputusan utk tdk bekerja sgt tepat. walau sedih kerana tdk mempunyai masa, wang & kerjaya utk diri sendiri, namun semoga saya tdk kesal lagi spt mana saya kesal tdk membesarkan harris dgn air tangan saya sepenuhnya.
Saya tak pernah tulis disini rupanya, harris tlh didiagnos mempunyai masalah pembelajaran dyslexia oleh persatuan dyslexia malaysia pada bulan september thn lepas. Kerana sukarnya utk mengikuti kelas khas di selangor mahupun kl, kami membuat keputusan utk berpindah ke seremban pada okt 2011. menumpang lbh kurang sebulan lebih di rumah busu sblm menyewa di lavender heights juga. Setelah mengikuti kelas khas tersebut selama 2 bln lbh, harris dapat menempuhi alam persekolah di SK Panchor dgn lebih baik. harris kini sdh boleh membaca dan menulis. tulisannnya juga sudah jauh lbh cantik. terima kasih atas bimbingan guru di kelas dyslexia seremban. Dalam pada itu, Harris mempunyai kegilaan yang memuncak terhadap bola sepak. Disebabkan itu, dia telah didaftarkan utk mengikuti klinik bola sepak anjuran PBNS. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia dapat bermain bola sepak di saluran yg betul dan dapat menerima tunjuk ajar yg sepatutnya. 2 hari lepas dia mengikuti karnival bola sepak. walaupun pasukannya 2 kali kalah dan sekali menang, dia sdh cukup berpuas hati. menurutnya dia menyumbangkan 2 biji gol utk pasukkannya.
April sepatutnya bulan buku, tapi thn ni kami ke PBAKL tanpa sempat meronda. Hanya azrah yg sempat merembat 4 biji buku. Orang terlalu sesak dan pada saya sistem keluar masuk yg dilaksanakan oleh pihak penganjur tdk efektif utk menangani org ramai yg berpusu2 datang. Pintu masuk hanya satu disaat kemuncak orang sedang masuk sdgkan pintu keluar ada 2 yg hanya beberapa org manusia sahaja yg keluar dr situ. Sungguh tdk lancar dan berkesan pengelolaan pihak penganjur.
Penat sudah menulis. walaupun terasa masih banyak yg ingin dicoret tetapi hati dan minda tidak selari utk bekerjasama di saat ini. hingga catatan akan datang. Wassalam
Monday, May 7, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)