Bismillahirrahmanirrahim
mood di awal pagi, bangun2 je rasa sedih. pms la kot.
Jumaat, suami saya bawa khabar gembira. Dia dah dapat result ielts. Alhamdulillah. 7.5. 8.0 listening, 8.5 reading, 6.5 writing and 7.5 speaking. seronoknya dia. tapi sehingga hari Jumaat kami belum memutuskan untuk ke mana. NZ atau Aussie.
Asalnya, saya tidak ingin menulis di sini tentang hasrat kami ini, tidak sehingga kami berjaya melaluinya. tapi rasanya inilah satu-satunya medium untuk saya meluah rasa.
Disember 2012, hasrat perama untuk berhijrah mula diluahkan. siap dah register dengan satu ejen. rupa2nya dia fake account. Terbang USD500.
Disember2013, hasrat itu datang lagi. Namun, kami mempunyai komitmen kewangan yg sgt banyak. Alhamdulillah, Disember & Januari, kami berjaya menutup kesemua kredit kad kami. kecuali suami meninggalkan satu ccard dengan credit limit yang minimum, dan saya juga satu dgn credit imit minimun. Maka, kini hasrat itu kami boleh mula terjemahkan dalam bentuk tindakan.
Setelah membuat perbandingan, akmi memilih untuk ke auckland nz. Saya dan suami mula membuat research tentang auckland. dari segi pendidikannya, healthcarenya, cara hidup mereka, kos sara hidup dan peluang pekerjaan.
Finally, my husband made a first step. Took an ielts exam for enable us to apply for the skilled migrant visa. NOw, the result already in our hand and yesterday we have decided to choose Perth. Considering many factors, Perth we'll try.
Tapi, memilih Perth, Aussie bermakna kami perlu membelanjakan banyak duit. Tapi sekali ni sahajalah. kadang sya risaua, puluhan ribu yang dikeluarkan, tetapi visa tidak diperolehi. harapnya tidaklah. Ya Allah permudahkanlah hijrah kami ini. jadikanlah hijrah kami ini lebih baik untuk agama kami, iman kami, keluarga kami ya Allah. permudahkanlah segala urusan kami ya Allah.
Apakah yang mendorong saya untuk mengajak suami berhijrah? Crime rate di Malaysia? sistem persekolahan? kos sara hidup? Jawapannya, Kerajaan Malaysia yang tidak mengambil berat hal ehwal rakyat. Langsung. Terlalu mementingkan pegangan politik masing-masing. Rakyat ditengah-tengah tersepit. Ini di zaman kami, anak-anak kami bagaimana pula nanti? memikirkan masa depan anak-anak, kami perlu untuk berhijrah. Masalah sosial yang melampau juga menakutkan saya.
Cerita tengtang hijrah, lupa pula tentang berita sedih saya. Jawapan tentang manuskrip saya sudah ada. dukacita tidak terpilih. Sungguhlah, i am not meant to be a writer. saya akan cuba satu tempat lagi, jika masih tak berjaya. saya ingin menulis lagi kisah lain tanpa perlu difikir utk diterbitkan terlebih dahulu.
kisah anak-anak... apa yang menarik ye? Oh, Azrah dapat dua hadiah sempena mesyuarat pibg sekolahnya. Pencapaian UPKK 7A, 1B dan murid berpotensi utk dpt 5A UPSR thn ini. kadang-kadang inilah yang saya tidak suka tentang sekolah di Malaysia. PIhak jabatan lebih mementingkan jumlah bilangan yg mencapai 5A. sehingga sanggup menambah waktu kelas, membuat kelas tambahan, kem bimbingan di hujung minggu, kerja rumah, kem bimbingan cuti sekolah. bila masaya budak2 ni nak rehat? tapi tengok gaya Azrah, asyik berehat saja. Mungkin sebab saya tidak suka dia terlampau dibayangi exam.
Oh, kami juga sejak akhir thn lepas, telah mula menjual sedikit demi sedikit barang-barang rumah kami. persediaan untuk berhijrah. doakan kami ye.
Sunday, March 2, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)