Thursday, March 21, 2013

REaliti sebuah kehidupan

sekarang, saya rasa saya boleh faham kenapa orang yang tidak bekerja merasa rendah diri. bukan kerana mereka tiada bekerjaya atau tiada bergaji, tetapi pandangan rakan-rakan dan saudara mara terhadap mereka atau kami.

inilah realitinya. seorang yang tidak bekerjaya dipandang sepi. seolah-olah mereka tidak mempunyai minda dan akal fikiran yang masih boleh berfikir dan memproses apa saja perkara yang sedang berlaku di sekeliling mereka. saya cuba menolak perasaan sedih atau kecil hati dengan mereka, namun realiti sebuah kehidupan itu sangat memeritkan.

tiada lagi panggilan telefon daripada rakan-rakan, tiada lagi jemputan ke rumah terbuka atau sesi makan-makan. malahan teguran di alam maya juga jarang bersambut.

dari sudut manakah seseorang itu dinilai peribadi mereka? pangkatnya? pendidikannya? gajinya? kerjayanya? atau diri mereka?

pada saya seorang yang bergelar saudara apa jua status mereka tidak menghalang saya untuk bergaul. kecuali mereka yang saya anggap boleh memberikan impak negatif dalam perhubungan kami.

seorang demi seorang layak untuk saya 'unfriend'kan jika diguna istilah 'facebook'nya.

tidak mengapalah. apalah maknaya kawan sampai beratus, namun tidak sampai lima orang yang benar-benar ikhlas dan tulus berkawan dengan saya. menerima segala baik buruk saya. kelebihan dan kekurangan saya.

sesungguhnya yang indah itu kenangan, yang pedih itu pengalaman. yang menyakitkan itu pengajaran. semoga saya tidak akan kalah dalam memerangi sisi negatif dalam diri saya.

No comments: