Saturday, August 16, 2014

Happy belated birthday to me

Bismillahirrahmanirrahim ....

Tak ada apa yang menarik dengan sambutan hari jadi saya tahun ini. Langsung. Menghadiri rumah terbuka yang kurang menyeronokkkan. Semakin kurang ucapan hari jadi yang diterima di fb, saya perlu menimbangkan dengan serius untuk menutup fb.

Hari Raya juga tak terasa walau syawal masih bersisa. Orang sibuk beraya, saya sibuk dengan rutin biasa. Saya juga teringin untuk beraya sakan ke rumah kawan dan saudara mara.

Terima kasih kerana adanya internet, menghapuskan kebosanan saya.

Saya hanya mampu kembara menggunakan alam maya. Melihat dan membaca pengalaman orang lain. Bilakah masa saya akan tiba? Wallahua'lam. Rezeki masing-masing berbeza.






Wednesday, August 6, 2014

10 Syawal 1435 .... Penantian

Bismillahirrahmanirrahim

Dah 10 Syawal. sekejap sangat rasa. Lagi sebulan Azrah dah nak upsr. Semoga dia berjaya dengan cemerlang, aamiiinn.

Masih menunggu semua dokumen siap. Tak sabar sangat rasa. Nak merantau, nak lihat dunia luar lagi. Kali ini dengan pendekatan yang berbeza.