Bismillahirrahmanirrahim ....
Tak ada apa yang menarik dengan sambutan hari jadi saya tahun ini. Langsung. Menghadiri rumah terbuka yang kurang menyeronokkkan. Semakin kurang ucapan hari jadi yang diterima di fb, saya perlu menimbangkan dengan serius untuk menutup fb.
Hari Raya juga tak terasa walau syawal masih bersisa. Orang sibuk beraya, saya sibuk dengan rutin biasa. Saya juga teringin untuk beraya sakan ke rumah kawan dan saudara mara.
Terima kasih kerana adanya internet, menghapuskan kebosanan saya.
Saya hanya mampu kembara menggunakan alam maya. Melihat dan membaca pengalaman orang lain. Bilakah masa saya akan tiba? Wallahua'lam. Rezeki masing-masing berbeza.
Saturday, August 16, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment