Tuesday, June 17, 2014

Sebelum Jun berakhir

Bismillahirrahmanirrahim ...

Jun sudah melepasi pertengahannya. Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh itu.

Pertama tidak dapat pulang ke kampung sempena cuti sekolah. Perancangan manusia vs perancangan Allah. Awalnya menjangkakakn dapat pulang ke kg seawal minggu pertama, dapat menghabiskan sekurang-kurangnya seminggu masa cuti sekolah di sana.

Keduanya, mendapat emel daripada MIA. Surat peringatan tentang jumlah CPE hours saya yang tidak mencukupi sejak tiga tahun yang lalu. Walaupun emel telah dijawal, sehingga hari ini maish tiada jawapan daripada pihak MIA. Namun saya telah menghadiri kursus pertama saya sejak 2011. Microsoft Words 2007 Advanced pada 12-13 Jun lalu. Terima kasih Busu dan Busu Zaki kerana sudi menjaga ketiga-tiga anak saya sepnajang saya menghadiri kursus tersebut.

Ketiganya, wang yang dikeluarkan dr ATM CIMB menggunakan kad bank Islam, tidak keluar walaupun bakinya sudah berkurangan. saya terpaksa menunggu sehingga 14 hari bekerja untuk melihat samada wang saya akan kembali dimasukkan ke akaun saya ataupun tidak.

Alhamdulillah Busu berdua akan menunaikan umrah sempena menyambut Ramadhan. seronoknya Busu, saya yang mendengar pun tumpang seronok.

Akhirnya, saya dalam cubaan untuk menghentikan ameena daripada menyusu badan. Kesian dia, tapi dia dah besar. 13 Jun lepas dah 2 tahun 6 bulan.

Oh terlupa, dua minggu lepas, encik suami berjaya membuat sendiri outdoor storage cabinet menggunakan plywood. walaupun x sekukuh mana, namun usaha pertama itu nampak hasilnya.



No comments: