bismillahirrahmanirrahim ...
Alhamdulillah ... punya la duk bertangguh nak pergi renew passport. Akhirnya berjaya. tapi kalau x ada drama x happening la kan.
MInggu lepas ada baca dalam fb seorang kakak yang tgh duk siapkan application utk ke NZ, dia pergi buat passport kat Imigresen Putrajaya pada hari minggu. Menurut kak Afrohah, dia bagi 10 bintang untuk perkhidmatan kat Imigresen tu. Apalagi, memang semangat berkobar-kobarlah. terus hari Jumaat angkut semua anak bawak g buat gambar. hahahha, yang sebenarnya yg kecik je pun ambik gmabar utk passport yg lain standby gambar utk apply Visa jelah.
So hari ni, pukul 7.45 dah bergerak ke Putrajaya. Sampai pukul 8.43 dekat precit 15. Kata en suami saya tu, itulah tempat dia buat masa bulan 3 hari tu, sekali tgk kat situ dia bagi notis dah pindah ke precint 2. berkejar kami ke precint 2. bukan apa, takut habis nombor. Sampai sana tengok kereta dah berderet orang parking depan bangunan. Kot2 ada yang nak buat rujukan :
Imigresen bahagian passport, level 3, menara ikhlas, precint 2, putrajaya. buka setiap hari. sabtu ahad sampai pukul 1. utk yg dah umur 4 tahun ke atas, boleh bergambar terus. disarankan pakai baju atau tudung warna gelap. yang bawah empat tahun boleh bawa gambar passport. passport siap dlm masa 1 jam. tapi biasanya x sampai satu jam dah siap. make sure bawa passport lama, IC atau surat beranak utk anak2 bawah 18 tahun dan salinan. sekarang x payah isi apa2 borang. ambik nombor dan tunggu.
so pukul 1130 semua urusan settle siap dapat makan murah dekat Ali Maju di bangunan berdekatan. lupa check nama bangunan.
Semangat untuk siapkan segala mak nenek dokumen utk visa application pun bermula. Doakan kami ya Allah.
Dalam duk bersemangat nak keluar Malaysia ni, saya sangat sedih dengan berita2 yang semakin hari semakin menakutkan di Malaysia. jenayah, kisah rumah tangga, bunuh diri, dera, culik, samun dan macam2. Malaysia hari ni dah x macam Malaysia. Bilamana pendatang asing tanpa izin dan dengan izin yang masuk tanpa dikawal, inilah jadinya. Penyakit bukan-bukan pun semakin banyak.
Ya Allah lindungilah aku dan keluargaku dari sebarang bentuk kecelakaan, kemalangan, kecuaian dan dengki khianat manusia, jin dan iblis ya Allah. Jauhkanlah kami dari sebarang niat buruk manusia lain ya Allah. aaaminnn aaamiiin aamiiinn ya rabbal alaminn.
Sunday, June 22, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment