Tuesday, February 3, 2015

Februari datang lagi ... 2015

Bismillahirrahmanirrahim ...

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillalah wallahuakbar ...

Kerana aku seorang hamba .... seminggu yang lepas, demam yang teruk. Pertama kali dimasukkan ke hospital kerana demam. Walaupun terasa diri kuat untuk melawan tetapi kadang-kadang badan kita tidak sekuat keinginan kita untuk melawan sakit. Mungkin juga terlalu banyak yang sedang bersarang di minda.

Urusan Visa yang tidak nampak pergerakannya, urusan pembiayaan semula yang langsung tidak bermula, keinginan untuk melaksankan umrah yang entah mampu menjadi kenyataan atau tidak.

Kadang-kadang saya merasa saya terlalu lemah. Semakin hari semakin tinggi tahap kebergantungan saya terhadap orang lain.

Walau saya tahu ... Allah tidak memberi apa yang kita hendak, dia memberi apa yang kita perlu, tapi kadang kala saya rasa saya yang terlalu sedikit berusaha untuk mendapatkan sapa yang saya mahu, sedangkan Allah akan memberi apa yang kita usahakan dengan bersungguh-sungguh diiringi dengan doa dan kemudian barulah tawakkal. Maka usaha saya itu adakah menepati peratusan sepatutnya, atau saya hanya banyak berangan dan berharap dengan usaha dan doa yang minima?

Urusan hijrah yang belum kesampaian. Dari 2012 dan sekarang sudah memasuki 2015. Masa yang terbuang begitu sahaja.

Ada masanya saya terasa ingin kembali bekerja. Keluar dari gua diri. Terkurung diri dan minda. Namun keluarga lebih memerlukan saya.

Ya Allah berikan aku kekuatan, kesabaran dan kesungguhan ya Allah ...




No comments: