Hari ini terasa nak menulis catatan di dalam Bahasa Melayu, mungkin sebab sekarang tengah sibuk pasal PSSMI kot. Jadi rasa ada keinginan nak memartabatkan kembali Bahasa kebangsaanku ini.
Dua hari lepas baru bercakap pasal betapa aku tak suka orang yang meminta-minta, balik dari kerja hari yang sama, Jaga kat depan rumah tu mintak duit dengan aku. Ini bukan berapa banyak dia minta, tapi mengapa dia pilih aku untuk diminta, seorang perempuan. Katanya dia belum makan, dapatlah kiranya aku belanja dia sepuluh ringgit untuk makan. Padahal, ramai lagi orang lain. Atau aku bukan orang pertama yang kena. Kisahnya, sebab sticker parking aku sudah tamat tempoh, bayaran untuk pembaharuan sudah dibayar, emnunggu mendapatkan pelekat itu sahaja. Mungkin dia mengambil kesempatan di atas itu, akhirnya aku hanya memberitahu, aku akan menyuruh suami aku untuk turun menghantar duit.
Balik, sebaik diberitahu hal itu, suami aku yang tengah syok baring terus bangun, panas hati, orang minta duit dengan isteri dia. Dia turun pergi jumpa Jaga tu. lepas tu dia call AJK bahagian sekuriti, lagi panas hati dia, Jaga itu cerita kat dia kata aku yang tawarkan duit itu sebab aku tak ada lot parking. Memang patut suami aku mengamuk pun. malam tu, kami turun jumpa Jaga kat bawah, tapi Jaga yang berkenaan dah habis kerja.
Kesimpulannya, baru je aku bercerita tentang apa yang aku tak suka, benda yang aku tak suka itulah yang terjadi kat aku dua hari berturut-turut. Maka hari ke tiga dlm tahun baru, aku buat keputusan untuk duduk di rumah.
Saturday, January 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment