Monday, October 6, 2014

this blog is solely dedicated for my future self ...

bismillahirrahmanirrahim ...

Most of the time, avoidance and prevention are better than cure and looking for solutions.

I am not sure about others, but for me i avoid to talk more when i am with the people i am not close to or happy with. Because, there so many things i have kept for so long. I am afraid, when i opened my mouth, I ended up hurting people with my bad words and most importantly i hurt my self more. Since, i live for the past years without people to share my unhappy part of life. I am to afraid to share my story. Met one person who cannot been trusted once, it's really affected my trust to others. So, i chose to endure, alone definitely.

Few days back, one of my good friends said that I am a good listener. I told my husband that my friend thought of me as a good listener. My husband claimed that I wasn't for him. It's hurt. Few days back he did mentioned, I always discouraged him in whatever he likes. I just don't know how to respond and maybe it's the truth.

The truth hurts, it's true. Maybe I should look more into myself rather than thinking about others.

With good friends you can count with only one hand, i am seriously not being loved by people.

When i want to cry, this blog is always the best place for me.

Friends and loved one always related to trust.


Saturday, August 16, 2014

Happy belated birthday to me

Bismillahirrahmanirrahim ....

Tak ada apa yang menarik dengan sambutan hari jadi saya tahun ini. Langsung. Menghadiri rumah terbuka yang kurang menyeronokkkan. Semakin kurang ucapan hari jadi yang diterima di fb, saya perlu menimbangkan dengan serius untuk menutup fb.

Hari Raya juga tak terasa walau syawal masih bersisa. Orang sibuk beraya, saya sibuk dengan rutin biasa. Saya juga teringin untuk beraya sakan ke rumah kawan dan saudara mara.

Terima kasih kerana adanya internet, menghapuskan kebosanan saya.

Saya hanya mampu kembara menggunakan alam maya. Melihat dan membaca pengalaman orang lain. Bilakah masa saya akan tiba? Wallahua'lam. Rezeki masing-masing berbeza.






Wednesday, August 6, 2014

10 Syawal 1435 .... Penantian

Bismillahirrahmanirrahim

Dah 10 Syawal. sekejap sangat rasa. Lagi sebulan Azrah dah nak upsr. Semoga dia berjaya dengan cemerlang, aamiiinn.

Masih menunggu semua dokumen siap. Tak sabar sangat rasa. Nak merantau, nak lihat dunia luar lagi. Kali ini dengan pendekatan yang berbeza.


Tuesday, July 29, 2014

SYAWAL 1435

Bismillahirrahmanirrahim ...

alhamdulillah syawal tiba lagi .... sedihnya ramadhan dah berlalu .... ya Allah temukan saya dgn ramadhan thn hadapan ya Allah ... murahkan rezeki kami sekeluarga ya Allah... terimalah amalan kami sekeluarga ya Allah. bantulah umat islam di seluruh dunia ya Allah ..... lindungilah kami sekeluarga ya Allah ...

Sunday, July 13, 2014

16 Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim ...

Allahuakbar ... dah masuk 16 Ramadhan. langsung tidak terasa apa. Terlalu banyak masa yang dihabiskan di mana-mana.

Bercerita tentang hati dan kecewa, memang tidak akan ada penghujungnya selagi kita bernyawa. Penyelesaiannya, sabar dan redha. Hari ini lebih tenang walaupun pasti ada cerita yang saya simpan.

En suami masih belum boleh keluar. Mungkin hari ini, mungkin juga esok hari.

Sedihnya mendengar dan membaca cerita tentang Gaza, selalin sumbangan yg terlalu kecil doa saya tidak henti-henti untuk mereka. Terlalu kecil ujian saya berbanding mereka yang lain.

Terlalu banyak yang ingin dicerita namun terlalu sedikit kosa kata yang mampu keluar, maka simpanlah kejap-kejap supaya hanya tetap saya seorang yang tahu.


Tuesday, July 8, 2014

Julai, Ramadhan dan Ujian

Bismillahirrahmanirrahim ...

Sungguh rezeki dan ujian Allah untuk setiap hambaNya berbeza-beza.

Tak tahulah setakat mana penghayatan Ramadhan saya kali ini. Ahad, 6 Julai bersamaan 8 Ramadhan, suami saya dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit -sakit leher dan belakang. Apabila diperiksa, kandungan gula dalam darahnya tinggi, kadar kolestrol dan uric acidnya juga tinggi. Saya tidak tahu apa yang saya rasa. Saya selalu merasakan mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Namun bukan semua orang begitu, ada orang yang ingin "learn from the hard way."  Dan ada juga yang langsung tidak mengambil apa-apa iktibar.

Banyak yang saya inginkan daripada suami saya ini. Banyak yang saya boleh luahkan dan banyak juga yang saya simpan, mengadu hanya pada Dia.

Seperti juga apa yang saya rasa, begitulah juga entri kali ini, terlalu banyak yang saya perlu simpan. Doa saya , Allah terimalah doakan dan harapanku. Saat berdepan dengan ujian saya sedar, saya tak punya sesiapa tempat berkongsi cerita.

Isnin, Harris pula dimasukkan ke wad. Berbanding suami, saya tidak terlalu risaukan Harris. Namun puncanya juga sama. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

My words doesn't seems to effect them in their routine. Saya selalu mengatakan kepada anak-anak saya, saya boleh mengarah, memberitahu, menasihat, tapi mereka perlu berusaha untuk diri mereka. Dalam apa jua sekali pun.

Saya gagal barangkali ... gagal menjadi isteri yang mampu menjaga suami menjaga kesihatan diri, gagal seorang mama yang walaupun sepenuh masanya di rumah, anak-anaknya masih tidak mampu mendengar dan mengikuti nasihat saya.

Entri ini entri perang emosi dan rasional ...

Azrah akan menghadapi upsr dalam masa dua minggu. Saya tidaklah mengharap dia menjadi yang terbaik, tapi saya berharap dia berUSAHA untuk melakukan yang terbaik. Kerana pada saya, usaha itu sangat penting untuk medapat hasil yang bagus juga.

Seronoknya mendengar pengalaman Busu ke tanah suci. masih belum rezeki saya untuk ke sana. Topik ini juga topik emosi untuk saya. Maka saya cuba mengelakkan daripada berbicara tentangnya. Cukuplah Allah yang tahu. Mendengar bisik-bisik orang dan kadangkala dari orang yang sangat penting dalam hidup saya, kadang-kadang tahap kawalan emosi saya berada di tahap yang paling minimum.

Saya dalam proses menyediakan dokumen untuk permohonan visa kami ke australia. Juga antara topik emosi saya.

Dan semuanya terletak hanya pada satu perkataan, KESUNGGUHAN.

Ya Allah aku tahu aku hambamu yang terllau banyak berdosa. Ampunkanlah aku. Kuatkanlah semangatku dan jadikanlah aku orang-oarng yang sabar. Sesungguhnya hanya engkau yang tahu segala yang tersimpan di hati aku selama ini, hanya engkau ya Allah. Moga kau permudahkanlah segala urusan untukku ya Allah. Aku terlalu berharp dengan simpatimu ya Allah. Ya Allah yang maha Pengasih dan maha Penyayang.

USAHA TEKUN JAYA


Sunday, June 22, 2014

yeay ... dah renew passport

bismillahirrahmanirrahim ...

Alhamdulillah ... punya la duk bertangguh nak pergi renew passport. Akhirnya berjaya. tapi kalau x ada drama x happening la kan.

MInggu lepas ada baca dalam fb seorang kakak yang tgh duk siapkan application utk ke NZ, dia pergi buat passport kat Imigresen Putrajaya pada hari minggu. Menurut kak Afrohah, dia bagi 10 bintang untuk perkhidmatan kat Imigresen tu. Apalagi, memang semangat berkobar-kobarlah. terus hari Jumaat angkut semua anak bawak g buat gambar. hahahha, yang sebenarnya yg kecik je pun ambik gmabar utk passport yg lain standby gambar utk apply Visa jelah.

So hari ni, pukul 7.45 dah bergerak ke Putrajaya. Sampai pukul 8.43 dekat precit 15. Kata en suami saya tu, itulah tempat dia buat masa bulan 3 hari tu, sekali tgk kat situ dia bagi notis dah pindah ke precint 2. berkejar kami ke precint 2. bukan apa, takut habis nombor. Sampai sana tengok kereta dah berderet orang parking depan bangunan. Kot2 ada yang nak buat rujukan :

Imigresen bahagian passport, level 3, menara ikhlas, precint 2, putrajaya. buka setiap hari. sabtu ahad sampai pukul 1. utk yg dah umur 4 tahun ke atas, boleh bergambar terus. disarankan pakai baju atau tudung warna gelap. yang bawah empat tahun boleh bawa gambar passport. passport siap dlm masa 1 jam. tapi biasanya x sampai satu jam dah siap. make sure bawa passport lama, IC atau surat beranak utk anak2 bawah 18 tahun dan salinan. sekarang x payah isi apa2 borang. ambik nombor dan tunggu.

so pukul 1130 semua urusan settle siap dapat makan murah dekat Ali Maju di bangunan berdekatan. lupa check nama bangunan.

Semangat untuk siapkan segala mak nenek dokumen utk visa application pun bermula. Doakan kami ya Allah.

Dalam duk bersemangat nak keluar Malaysia ni, saya sangat sedih dengan berita2 yang semakin hari semakin menakutkan di Malaysia. jenayah, kisah rumah tangga, bunuh diri, dera, culik, samun dan macam2. Malaysia hari ni dah x macam Malaysia. Bilamana pendatang asing tanpa izin dan dengan izin yang masuk tanpa dikawal, inilah jadinya. Penyakit bukan-bukan pun semakin banyak.

Ya Allah lindungilah aku dan keluargaku dari sebarang bentuk kecelakaan, kemalangan, kecuaian dan dengki khianat manusia, jin dan iblis ya Allah. Jauhkanlah kami dari sebarang niat buruk manusia lain ya Allah. aaaminnn aaamiiin aamiiinn ya rabbal alaminn.


Tuesday, June 17, 2014

Sebelum Jun berakhir

Bismillahirrahmanirrahim ...

Jun sudah melepasi pertengahannya. Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh itu.

Pertama tidak dapat pulang ke kampung sempena cuti sekolah. Perancangan manusia vs perancangan Allah. Awalnya menjangkakakn dapat pulang ke kg seawal minggu pertama, dapat menghabiskan sekurang-kurangnya seminggu masa cuti sekolah di sana.

Keduanya, mendapat emel daripada MIA. Surat peringatan tentang jumlah CPE hours saya yang tidak mencukupi sejak tiga tahun yang lalu. Walaupun emel telah dijawal, sehingga hari ini maish tiada jawapan daripada pihak MIA. Namun saya telah menghadiri kursus pertama saya sejak 2011. Microsoft Words 2007 Advanced pada 12-13 Jun lalu. Terima kasih Busu dan Busu Zaki kerana sudi menjaga ketiga-tiga anak saya sepnajang saya menghadiri kursus tersebut.

Ketiganya, wang yang dikeluarkan dr ATM CIMB menggunakan kad bank Islam, tidak keluar walaupun bakinya sudah berkurangan. saya terpaksa menunggu sehingga 14 hari bekerja untuk melihat samada wang saya akan kembali dimasukkan ke akaun saya ataupun tidak.

Alhamdulillah Busu berdua akan menunaikan umrah sempena menyambut Ramadhan. seronoknya Busu, saya yang mendengar pun tumpang seronok.

Akhirnya, saya dalam cubaan untuk menghentikan ameena daripada menyusu badan. Kesian dia, tapi dia dah besar. 13 Jun lepas dah 2 tahun 6 bulan.

Oh terlupa, dua minggu lepas, encik suami berjaya membuat sendiri outdoor storage cabinet menggunakan plywood. walaupun x sekukuh mana, namun usaha pertama itu nampak hasilnya.



Wednesday, May 28, 2014

Ubat Selsema

BIsmillahirrahmanirrahim

Ubat selsema ni gunanya untuk ubat tahan gatal dan ubat alergik juga. Since saya ini sangatlah alah dengan debu, terutamanya mata, maka agak kerap jugalah saya telan ubat ini.

Dia ada dua jenis ubat. satu yang tidak mengantuk dan satu yang mengantuk. saya jarang makan yang mengantuk sebab saya takut mengganggu urusan saya keluar masuk rumah.

tapi semenjak dua menjak ni ubat yang dikatakan tidak memberi kesan mengantuk itu juga mampu membuatkan saya mengantuk sampai 12 jam .

Tuesday, May 27, 2014

Mei dah hampir berlalu yang ditunggu tak kunjung tiba

bismillahirrahmanirrahim...

dah 27 hb. sekejap je Mei dah nak habis.

bulan ni cuba2 beli guna groupon. kali ni beli photobook dgn harga rm10 dan luggage set tiga dgn harga rm299.

Photobook sampai hari ni, luggage belum sampai2 lagi.

ada benda lain juga yang ditunggu belum sampai. maka, perancangan balik kampung juga tergendala. bilakah akan sampai? janjinya minggu lepas, kemudian minggu ni ... harapnya sampai la minggu ni ....

Sunday, May 11, 2014

Mei dah ...

Bismillahirrahmanirrahim ....

Dah 12 mEi. hari ni Azrah dgn Harris mula periksa pertengahan tahun. Harap2 bolehlah jawab, walaupun duk main sepanjang weekend.

Tak tahu lagi nak balik kg ke tak cuti sekolah ni. ikut hati memang nak balik. macam-macam makanan duk terbayang kat kepala ni. Tapi tak tahu Azah ada kelas ke tak, en suami pun cuti tak banyak. Malas nak suruh dia tinggal sana kemudian datang balik jemput kami.

Stress weh tengok rumah yang penuh dengan barang. Lepas dibersihkan pun masih berlambak-lambak lagi barang. Mana nak letak? Nak buang sayang sebab elok lagi, nak jual ambil masa utk habis, nak bagi kepada orang tak tahu siapa dah nak bagi.

Hari tu Ameena demam panas 3 hari berturut2. Baik je demam keluar rashes. Ingatkan measles. Dr kata bukan measles  sebab keluar lepas demam dha kebah. Nama dia Roseola. Lepas Ameena baik, Harris pulak demam panas. semua main temp 38-39. Tak tidur malam hampir dua minggu. Sakit kepala, badan semua. Mamanya pula tak habis-habis selsema dan allergik. Duk asyik telan ubat allergy jelah.

Kalau ikut perancangan, hari ni hari last WKC 281 dengan kami. Moga Allah permudahkan semua urusan kami. Insya Allah.

Dah gatal mata dah. Nak mandi dan nak tidur.




Thursday, April 24, 2014

April.. Pesta Buku ... Duit ... Sikap

Bismillahirrahmanirrahim ...

masih lagi diheret isu yang sama. Kadang-kadang bila terlalu banyak banyak yang disimpan, berdiam diri adalah tindakan yang terbaik boleh diambil. kenapa? sekali kita membuka mulut, bimbang akan setiap satu akan berkaitan dan tanpa kita sedari kita telah meluahkan segalanya. Pastinya semua yang kita simpan itu bukan benda yang baik. Kalau perkara yang baik sudah pasti kita telah meluahkan lama dahulu.

Setiap perkara buruk yang kita simpan, ketahuilah kita menghndarkan diri kita dari melukakan diri kita sendiri. Mereka yang terlibat andai terdengar pasti terluka dan terasa. Tapi belum tentu akan sedar dan insaf. maka tidakkah kita akan lebih terluka? Maka, POhonlah kesabaran daripadaNya.

Nasib baik En Suami lebih terbuka kini untuk mendengar segala luahan saya. cukup untuk kami perdebatkan kerana isu-isu itu melibatkan kami secara langsung.

Sehingga hari ini, mereka tetap sama. Ada yang berubah sedikit ke arah kebaikan dan ada yang berubah banyak kearah materialistik. Ya Allah jauhkan saya daripada sikap itu sampai bila-bila. Saya masih tidak faham dengan sikap mereka yang sayangkan harta dan duit mereka untuk kegunaan mereka tetapi langsung tidak kisah untuk meminta daripada kami.

Ya Allah .. hanya padaMu aku meminta. Jadikanlah aku orang yang sabar, sabar, sabar dan sabar. Menerima  mereka dalam hidup kami, menghadapi tingkah mereka sehari-hari, menyimpan segala apa yang kami lalui tanpa perlu kami memburukkan mereka. Ya Allah jadikanlah aku seorang yang pemaaf, pemaaf dan pemaaf. Memaafkan mereka yang mengambil atas kesempatan atas kami, memaafkan mereka atas ketidakpedulian mereka atas nasib kami dan memaafkan diri kami saat kami hilang sabar terhadap mereka.

Sungguh... duit itu menjadi musuh yang sangat ketara. Sayangkan duit sendiri. Kadang-kadang kerana sikap mereka, aku pun terikut-ikut nak jadi macam mereka. Jangan bagi duit kita kat mereka. Tapi Alhamdulillah. Allah masih sayangkan kami. Saat marah itu hanya seketika. tiba masaknya, duit itu tidaklah kami simpan untuk kami semata-mata. Bersabarlah dalam menghadapi ujian ini. terllau kecil ujian saya ini berbanding orang lain.


April dan pesta buku.

Teringin nak pergi tetapi banyak lagi buku yang belum habis dibaca...... bila nak baca?


Saturday, April 19, 2014

DEbtors

Bismillahirrahmanirrahim ...

6.03am ... SEpanjang malam duk terfikir pasal ni je. Selalu duk berperang dengan diri, biarkanlah mereka.


Pada saya, orang yang berhutang yang enggan membayar hutang dan orang yang sayangkan duit mereka tetapi tidak segan silu untuk membelanjakan duit orang lain untuk kegunaan sendiri mempunyai masalah. Masalah mereka ialah attitude.

Sometimes, it's no longer about the money. It's about the attitude. The attitude of not willing to keep the promise (to repay debt, to delay repaying, to play  not guilty), the attitude of feeling nothing with spending other people's money and the attitude of as nothing was happened.

Pada saya, setiap satu sen, jika itu bukan duit kita dan atas nama pinjaman, kita sepatutnya membayar balik. Dan bila mana anda sayang duit anda tetapi langsung tidak rasa bersalah untuk menggunakan duit orang lain, anda sangat2 bermasalah.

Sebuah keluarga mampu berpecah hanya kerana wang. Tapi pada saya bukan kerana wang, tetapi disiplin diri. Jika anda menghormati setiap ahli keluarga, masalah ini tidak akan terjadi. Benar, yang senang patut membantu yang susah. Namun yang susah tidak selamanya susah. akan tiba masanya yang susah akan semakin baik. TEtapi patutkah mereka mengambil kesempatan lagi di waktu itu?

Bukan semua orang akan menagih bantuan setiap kali mereka susah. ada yang akan berdiam diri, dan melaluinya semampu mereka. TEtapi ada yang tidak sanggup bersusah sendiri dan tidak mengambil peduli tentang kesusahan orang lain asalkan kesusahan sendiri mampu diatasi.




Tuesday, April 15, 2014

frustrated ... tipah tertipu ...

bismillahirrahmanirrahim ....

Tadi, sementara tunggu Harris pergi sparring class, sempatlah menyinggah tesco seremban jaya. matlamatnya nak beli hanphone barulah.

Niat di hati nak beli Lenova A706. Tapi bila sampai, katanya model tu x ramai org beli, so dia x ada stock. Mulanya ingat nak ambik A516. Tapi katanya S720i lagi bagus.

Tanyalah tuan kedai tu ... quad core ke? android jelly bean ke? Dia kata ye. Tapi bila balik rumah, check spe utk S720 dual core dan ice cream sandwich .... sblm tu siap duk tanya pendapat org kat Fb & en suami. semua recommend Lenovo. Sekali saya dapat model yg sgt x best dr segi specnya.

Tapi kita tgklah seminggu dua.

Kuciwa, sedih ...

Sunday, April 13, 2014

di dalam dilema

bismillahirrahmanirrahim...

sehari dua ni saya berada di dalam dilema ....

pertama hp ... hp saya dah slow sgt ... jenuh en suami merecommend mcm2 hp. tapi satu pun sy x berkenan...

iphone 4 sy ini sgt best kecuali skarang dah sgt slow dan bateri mcm makin cepat habis.... yelah dah 4 thn pun usia hp tu ...

nak beli sambung ... sy x suka sbb baterinye cepat habis ... plus model sekarang semuanya gabak2 ... saya nak yg senang dipegang dan dijawab dgn menggunakan sebelah tangan sahaja ....

lenovo ... x berkenan pulak tgknya...

apple ... sy sukakan iphone 5 .. tp 8gb je yg ada ... 1phone 5c ngan 5s mcm panjang sgt ...

kedua ... saya duk berfikir .... kereta suami sy tu dah nak msk 8 thn dgn mileage 240k km .... sehari dia travel at least 180km. keadaannya memerlukan byk maintenance sejak kebelakangan ini.

so sy terfikir nak suruh dia tukar kereta. masalahnya kereta apa yg sesuai? sebabnya insya Allah andai semua urusan selesai, thn depa kami nak ke Perth. tapi menunggu thn depan yg entah bulan bila akan selesai kami akan mengambil kira sekurang2nya 365 hari untuk berangkat. sehari 200km x 330 hari bekerja =66000 km lagi yg perlu digunakan. by that time, mileage kereta suami sy akan mencecah 300k ...

kami juga perlu memikirkan harga jualan balik kereta baru yg ingin dibeli. supaya laku dan mudah dijual dgn harga yg baik.

setakat ini toyota altis dan prius menjadi perbandingan ....

Saturday, April 12, 2014

April semakin berlalu

Bismillahirrahmanirrahim....

Rajinnya menulis dalam bulan ni. Mood swing sungguh bulan ni. Masuk dua minggu dah April. baru berapa kali masuk dapur. Teringin nak pergi berjalan je rasa.

Tiba-tiba teringat Korea, tiba-tiba teringin nak ke Singapore, Perth. Entahlah ... teringin sangat nak berjalan-jalan. Kenapa bukan dalam Malaysia?. Sebab dah tak tahu nak pergi mana dalam Malaysia ni. Bila En Sumai bg cadangan, rasa macam tempat yang sama duk ulang-ulang. sama macam kalau keluar hujung minggu. Asyik-asyik JJ Seremban 2, Tak pun Alamanda.


Korea - spring 2008




Korea - Winter 2009(jan2010)




USS - 2009



HK Disneyland Nov 2008


Those days. rindunya. Nak berjalan dan berjalan lagi. Sekarang flight ticket mahal sangat utk berlima.


Monday, April 7, 2014

April : ?????

Bismillahirrahmanirrahim ....

April 2014 .... apa yang menarik

March 2014 ... En suami ke India for a week .. serious rasa lama benar seminggu tu. Nampak sangat jarang2 kena tinggal.

Balik dr India, budak2 start cuti sekolah. Jenuh fikir mana nak pergi. Mulanya nak ikut Busu pergi Singapore juga. Tapi busu pergi hari Rabu, Jumaat dah balik. Manakala kami, sampai Rabu aktiviti dah penuh. Kalau pergi pun KHamis br bertolak. Last2 kami pilih dalam Malaysia jelah. Azrah ada bengkel UPSR utk 2 hari, Harris ada athlete Camp utk Taekwondo dia pd hari Rabu.

Khamis kami bertolak ke Legoland. Pukul 7am pg dah bertolak. Harris ngan Azrah, both pilih nak ke Legoland Water Park. Sebab masa pergi tahun lepas, Water Park tak siap lagi, so kali ni diorg nak pergi ke Water Park pula. Tu dia, dari tiba pukul 10.30 diorang main sampai pukul 6pm. Ameena separuh hari je main. lps pukul 2, dia tidur sampai ke pukul 6.

Kali ni kami menginap di Le Grandeur, dekat Senai. Tak masuk JB langsungpun kali ini. Tapi JPO, dua kali kami singgah. hasil tangkapan pun boleh tahan. Harris shopping sakan di Legoland, Mama dan Azrah di JPO. Tu diaaa. Thanks to Abah yg sangat rajin melayan kami.

Start sekolah, semua kembali seperti biasa. Masuk je April, En suami demam, selsema dan batuk. MC sehari. 3 hari tak ke mana.

5 April Harris participate in his first taekwondo tournament. first match dah kalah. tak apalah. Master dia cakap, since this is his first tournament oklah. since bukannya dia tak melawan langsung. kena participate byk tournament lg. a very good exposure for him. Macam mana nak pergi Perth bulan 6 ni?

Bulan 6 ni Harris is schedule to have a tournament in Perth, tapi agak2 lepas ke? main satu match dah kalah? ni baru jemputan N. 9. Apa2 pun all the best Harris.

Masuk minggu ni. not so good mood dah .... apa pun kisahnya, always the same reason every year. May Allah jadikan saya org yg lebih sabar, sabar dan sabar. Astaghfirullahalazim....


Sunday, March 2, 2014

March 2014

Bismillahirrahmanirrahim

mood di awal pagi, bangun2 je rasa sedih. pms la kot.
Jumaat, suami saya bawa khabar gembira. Dia dah dapat result ielts. Alhamdulillah. 7.5. 8.0 listening, 8.5 reading, 6.5 writing and 7.5 speaking. seronoknya dia. tapi sehingga hari Jumaat kami belum memutuskan untuk ke mana. NZ atau Aussie.

Asalnya, saya tidak ingin menulis di sini tentang hasrat kami ini, tidak sehingga kami berjaya melaluinya. tapi rasanya inilah satu-satunya medium untuk saya meluah rasa.

Disember 2012, hasrat perama untuk berhijrah mula diluahkan. siap dah register dengan satu ejen. rupa2nya dia fake account. Terbang USD500.
Disember2013, hasrat itu datang lagi. Namun, kami mempunyai komitmen kewangan yg sgt banyak. Alhamdulillah, Disember & Januari, kami berjaya menutup kesemua kredit kad kami. kecuali suami meninggalkan satu ccard dengan credit limit yang minimum, dan saya juga satu dgn credit imit minimun. Maka, kini hasrat itu kami boleh mula terjemahkan dalam bentuk tindakan.

Setelah membuat perbandingan, akmi memilih untuk ke auckland nz. Saya dan suami mula membuat research tentang auckland. dari segi pendidikannya, healthcarenya, cara hidup mereka, kos sara hidup dan peluang pekerjaan.

Finally, my husband made a first step. Took an ielts exam for enable us to apply for the skilled migrant visa. NOw, the result already in our hand and yesterday we have decided to choose Perth. Considering many factors, Perth we'll try.

Tapi, memilih Perth, Aussie bermakna kami perlu membelanjakan banyak duit. Tapi sekali ni sahajalah. kadang sya risaua, puluhan ribu yang dikeluarkan, tetapi visa tidak diperolehi. harapnya tidaklah. Ya Allah permudahkanlah hijrah kami ini. jadikanlah hijrah kami ini lebih baik untuk agama kami, iman kami, keluarga kami ya Allah. permudahkanlah segala urusan kami ya Allah.

Apakah yang mendorong saya untuk mengajak suami berhijrah? Crime rate di Malaysia? sistem persekolahan? kos sara hidup? Jawapannya, Kerajaan Malaysia yang tidak mengambil berat hal ehwal rakyat. Langsung. Terlalu mementingkan pegangan politik masing-masing. Rakyat ditengah-tengah tersepit. Ini di zaman kami, anak-anak kami bagaimana pula nanti? memikirkan masa depan anak-anak, kami perlu untuk berhijrah. Masalah sosial yang melampau juga menakutkan saya.

Cerita tengtang hijrah, lupa pula tentang berita sedih saya. Jawapan tentang manuskrip saya sudah ada. dukacita tidak terpilih. Sungguhlah, i am not meant to be a writer. saya akan cuba satu tempat lagi, jika masih tak berjaya. saya ingin menulis lagi kisah lain tanpa perlu difikir utk diterbitkan terlebih dahulu.

kisah anak-anak... apa yang menarik ye? Oh, Azrah dapat dua hadiah sempena mesyuarat pibg sekolahnya. Pencapaian UPKK 7A, 1B dan murid berpotensi utk dpt 5A UPSR thn ini. kadang-kadang inilah yang saya tidak suka tentang sekolah di Malaysia. PIhak jabatan lebih mementingkan jumlah bilangan yg mencapai 5A. sehingga sanggup menambah waktu kelas, membuat kelas tambahan, kem bimbingan di hujung minggu, kerja rumah, kem bimbingan cuti sekolah. bila masaya budak2 ni nak rehat? tapi tengok gaya Azrah, asyik berehat saja. Mungkin sebab saya tidak suka dia terlampau dibayangi exam.

Oh, kami juga sejak akhir thn lepas, telah mula menjual sedikit demi sedikit barang-barang rumah kami. persediaan untuk berhijrah. doakan kami ye.


Wednesday, February 19, 2014

Februari datang lagi

bismillahirrahmanirrahim ...assalamualaikum ...

wah ... februari datang lagi. sekejap je kan.

15.2.2001 - 15.2.2014 - dah 13 tahun dah kami kahwin. macam tak percaya je.
kebetulan encik suami ada kerja dekat KL, sekalilah kami konon-konon sambut anniversary sekali. nasib baik dah booked hotel awal-awal. yelah. 14 feb kan ramai je yang sambut valentine, hotel memang penuhlah.

tapi tak ada special dinner ke hadiah istimewa pun. Yang penting kami sekeluarga spent time together.

so apa yang menarik antara happened between last entry and today's entry? hmmm apa ye?

ye, enam hari berkampung di hospital. on January 17th kami keluar ke MIdvalley. dah lama tak ke sana. since encik suami kata teringin nak makan carl's junior, kami pun tapaulah burgernya. since semua dah kenyang waktu tu, tapau untuk breakfast esoknyalah.

Esoknya, breakfast lah burger carl's junior tu. yang makannya pun encik suami dengan azrah je pun. lepas tu had dim sum for lunch at allson klana resort. dah hbs lunch pergi Jusco pulak. jalan-jalan. sebelum balik makan crepe pulak.

nak dijadikan cerita, esoknya azrah dengan harris diarrhea, ameena vomit non stop without having anything at all. dahlah hari tu plan nak buat soto. nasi himpit dah siap rebus, sup dah siap masak, begedil dah siap buat. tunggu nak goreng je. Harris asalnya dah pergi untuk footbal clinic. tapi dalam pukul sembilan lebih dah balik. en suami kata coach dia telefon cakap dia asyik cirit.

tengok ameena pun dah start lembik, azrah pun sama. terus hantar pergi SALAM. Azrah didrip terus. Harris nampak aktif lagi masa tu. Ameena pula maish lagi muntah. konon nak tunggu Dr Zaqrul sendiri utk set iv line kat Ameena, tapi tunggu wad x ada kosong, terus minta nurse kat A&E pasangkan line. Ameena memang langsung tak bercakap. minum tak, makan tak, menyusu pun tak.

Disebabkan tak ada bilik kosong, dr arrangekan kami masuk day care dulu. Harris, Dr Zaqrul sendiri yang pasang line. meraung dia. kalah Ameena. petang, ameena dah ok sikit, dah boleh cakap. belum start cirit lagi. Harris pula dah start demam. panas. bila pindah ke wad. Harris demam 38. Azrah nampak ok je. tapi temp dia lagi tinggi, 39.

Esoknya, Dr Zaqrul kata Harris positif Typhoid.


Typhoid fever — also known simply as typhoid[1] — is a common worldwide bacterial disease transmitted by the ingestion of food or water contaminated with the feces of an infected person, which contain the bacterium Salmonella enterica enterica, serovar Typhi.[2]
The bacterium that causes typhoid fever may be spread through poor hygiene habits and public sanitation conditions, and sometimes also by flying insects feeding on feces.

Source : Wikipedia

So, Dr kata most probably ini disebabkan oleh burger. kata Dr lagi, fast food diprepare untuk diconsume immediately or withing hours after that. tak boleh simpan dalam peti ais dan esoknya reheat guna Microwave. Mulanya kami ingat, diorang dapat dari Dim Sum.

So Harris dan Azrah stay 3 hari, Ameena pula 6 hari. Masa Azrah dan Harris dah discahrged, baru Ameena start cirit. teruk. kesian dia. nasib baik dia pandai cakap nak g toilet. so tiap kali nak cerry berry kami bawa dia g toilet. tak banyak sangat guna diapers.

Nak menunggu dari wad empat orang ke single ward pun seksa juga. asalnya kami dapat wad empat org sebab dah tiga beradik admitted sekali. tapi bila 2 dah discahrged, katil tiga kosong. patient pulak ramai tunggu nak masuk. single ward pulak penuh. berkongsilah malam tu kami dengan 2 family lain. makin penat rasa badan dan minda.


habislah cerita masuk hospital. tiap tahun kalau tak rasmi dengan masuk hospital memang tak sah.

oh, 8 Jan 2014. saya akhirnya hantar manuskrip penuh ke JS untuk penilaian. harapnya lepaslah. Doakan saya.