Thursday, April 7, 2011

gempa sana sini

hari ini 8 April 2011, hampir sebulan selepas gempa dan tsunami di jepun. Rasanya dalam tempoh sebulan ini, banyak sangat berita gempa bumi di sana sini. Kita umat akhir zaman, kiamat itu pasti dan bila-bila masa saja akan terjadi.

semalam ada gempa lagi di jepun, sekuat 7.4magnitud. di mexico juga ada beberapa minit selepas itu. indoneisa juga dalam minggu ini sduah berapa kali terjadinya gempa. bagi kita di malaysia yang sekali terasa dalam beberapa kali siri yang terjadi, tidak cukup untuk memahami perasaan mereka yang merasai.

kisah bumi merekah, umat ditelan bumi bukan cerita asing utk kita org Islam. Di dalam Al Quran sendiri banyak ayat yang menceritakan tentang kejadian2 sebegini. Allah memberi amaran. Balasan utk mereka yang menduakannya, ujian buat mereka yang beriman.

setiap hari yang dilalui terasa diri semakin jauh kembali. Berusaha mencari diri sedaya upaya supaya Dia yang sentiasa menjadi destinasi/matlamat setiap aktiviti. Semoga dia memberi hidayah, kekuatan dan kesungguhan dalam diri ini. Insya Allah. amin

No comments: