Sunday, April 3, 2011

instead of japan


akhirnya .....
sabtu 12 mar, rasa sedih, kesal dan penat .. bukan kerana tdk dapat ke jepun ... tapi hanya kerana satu panggilan ... saya benar2 ingin bercuti ... jauh .... maka kami mengemas barang. beg disumbat ke dalam kereta. kami kemudiannya pergi lunch ke restoran ayam kg tuan faridah di bkt puchong. selesai makan, kami tiada arah tujuan. tapi saya dah decide, south sasaran kami. tapi tiada yg muktamad. anak-anak nak bermain di water park. kami akhirnya memasuki PLUS.

sewaktu melalui Melaka, kami teragak-agak. ke mana arah tujuan kami. kami teruskan lagi. akhirnya sehingga tamat PLUS, kami masuk JB. mencari the zon. akhirnya bermalam di situ selama 2 malam. bertemu Maya, rakan se U yg sama2 kawen awal. anaknya pun tua sethn je dr azrah. anaknya pun 2. dulu sentiasa berhubung meluahkan ketensionan masing2 dgn kerja. di saat saya menulis entry ini, dia sdg menjalani satu operation di hosp pakar perdana, kb. semoga Allah mempermudahkan rawatan itu untuknya dan semoga dia cepat sembuh.

Kami jumpa zam, rakan seklah masa saya form3. wahhhh lama betul tak jumpa. dia ada sejarah tersendiri dgn saya .... heheheh ... sejarah zmn sekolah ...

kami ke rumah pak cik mokhtar, saudara wan sblh atuknya di kempas. kemudiannya esoknya kami masuk ke singapura.

singapore oh singapore ... masuk saja kami dah keliling satu pulau tanpa dapat mencari jalan keluar. duduk di atas highwaynya sahaja ... stlh hampir 2 jam berpusing tanpa arah, barulah hp saya boleh menggunakan google map. barulah dapat ke tempat penginapan kami. mahal sungguh rate hotel di spore ... hotel yg terletak di jalan bugis itu sgt menarik, comel dan selesa. ratenya SG$ 211.

ptgnya kami ke rumah saudara wan lagi di bhgn bkt badak reservoir ... ada 3 rumah kami pergi, rumah mcik hajar, mcik zara dan pakcik razali .... mmg kenyang perut. dihidangkan dgn makanan yg enak2 sungguh kami kekenyangan. layanannya pula mmg tip top. sembang x berneti. sejarah keluarga semua dibuka. dari sejarah bugis ke sejarah terkini ...

blk dr spore, kami sesat lagi nak cari jalan ke tambak. sampai ke the zon blk hr dah nak maghrib. melayan makan di sayan. restoran makanan lauk yg sgt enak dan murah ... tp boleh tahanla menunggu. memang puas hatiii

blk dr jb, kami singgah di pd, asalnya berkira-kira mana nak singgah. last2 singgah pd. melepak di avilion. perghhh boleh tahanla 2 hari punya kos. tapi anak2 puas hati. kdg aku naik musykil dgn aku berbelanja beribu kat mesia aku berkira, berbelanja beribu2 kat luar mesia aku buat rilex je .... cettttt

dr pd kami singgah ke rumah mak di sban. layan merong mahawangsa dan rango. anak2 enjoy HMMW ... okayla... salute la to kru boleh buat cite cam tu .... skang aku nak tunggu kongsi? kongxi? cam lawak je cite dia ....

No comments: