lama sudah tak berblog, mungkin sebab sekarang ada fb, semua benda nak update kat situ, tapi of course lah limited kan?
Sekejap je dah April, Jan, Feb & Mar datang dan pergi macam tu je ... apa ye pencapaian tahun 2011, belum ada yang menampakkan hasillah.
Bulan februari dengan dugaan yang amat perit dalam hidup. Balik masa CNY asalnya untuk prepare persiapan kahwin adik lelaki yang bongsu, akhirnya bertukar menjadi sesi ke hulu ke hilir ke hospital.
Kami sampai ke Terengganu pada hari Rabu, bertolak dari Kuala Lumpur pada hari Selasa petang singgah bermalam di Grand Continental Kuantan. Tu fa port kami kenapa ye? makanan dia superb ... mmg best la malam tu order chicken chop, burger, fish and chip dan nasi goreng ... makan sungguh2 ... thari esoknya baru bertolak balik ke terengganu. Sampai pun dah pukul berapa masa tu .
Masa sampai mak duk mengadu sakit, sakit yang sungguh-sungguh. sakit sampai tahap langsung tak peduli apa orang kiri kanan buat. So malam tu bawa Mak pergi klinik, dah lupa dah nama klinik tu. DEkat dengan simpang to' Ku. Kaki mak dah buruk teruk masa tu. Lama menunggu nak jumpa doktor, siap berapa kali cakap nak mintak jumpa doktor dulu pun x dapat-dapat. Mak memang sakit sangat-sangat masa tu. Bila berjumpa doktor, Dr kata mmg dah kena potong dua jari tu. Oklah, dah tak boleh nak buat apa.
Hari Khamis malam jumaat, Hafiz menikah. saya dan padi tak ikut. Tunggu Mak. Walaupun K Na suruh join, rasa macam kesian pulak padi nak tunggu mak sorang-sorang. Waktu tu, mak memang langsung tak boleh tidur lena. Sentiasa duduk (baring pun tak selesa). Maka kadang-kadang Mak akan tersengguk-sengguk tertidur sambil duduk.
Jumaat, hari yang paling penat aku rasa. Pagi-pagi lagi mak dah mengadu sakit dan memang tak tidur langsung. Dr Noraini, menantu Mak teh dipanggil untuk tengokkan Mak. Kebetulan ada sepupu datang dan bawa mak ke klinik. Dr masukkan air sebab mak langsung takde selera makan dan tak tidur. Tapi mak dah disarankan pergi ke klinik dah pun.Tengah hari Jumaat, Abg Mat dan klong bawa mak ke HSNZ. lama jugak di situ. kenduri kahwin sebelah pengantin perempuan berlangsung tanpa kehadiran mak, abg mat dan klong. Abg Mat balik dah dekat nak Maghrib. Tgh2 Maghrib, Mak telefon kata boleh balik. Abg Mat dan Abah pelik. Akhirnya saya, abg mat dan wan ke HSNZ juga. rupanya mak mintak blk. menunggu surat nak balik saja dah lama mana.
Sekali masa on d way balik mak kata nak g balik hosp sbb x tahan sakit. (mungkin sbb abg mat dah kata kalau blk rumah, kalau sakiat nanti nak buat camne? dr xde.) menunggu proses nak masuk dah sekian hal balik. Dr muda yang jaga kecemasan dah siap-siap warning. Makcik yg nak balik, ni nak masuk balik. Mmg boleh fahamlah, dr ni penat, dahlah kerja waktu pagi-pagi buta. tapi fikirlah jugak org yg menghantar tu x semestinya x penat .... masa tu dah pukul tiga pagi .... mmg memenatkan ...
lepas tu kisah bergilir-gilir menunggu di hosp ... sekali bila dr x buat apa, (org katil2 sblh kata sbb mak dah kluar, masuk blk tu yg dr buat x peduli). Lagi la macam aaarrgghhh. Ahad, abg mat pergi jumpa sendiri ketua jbtn bhgn orthopedik HSNZ. mmg kena potong sampai betis sbb saluran darah dah tersumbat. Bukan sebab jangkitan kuman sahaja.
akhirnya mak kami bawa ke KL. rasanya tak cukup satu entry nak cite sume hal ni. Sampai KL kami ke anjung rahmat. kononnya tempat utk merawat luka org diabetes. kami nak mencuba. Tempatnya ya Allah, tak pernah terfikir di fikiran kami sedaif itu tempatnya. pendekkan cerita, kaki mak tetap tdk boleh dirawat. maka kami ke columbia asia, puchong. Setelah diperiksa oleh dr kamal, pakar orthopedik di situ, dia menyarankan mak menjalani pemeriksaan angiogram di sunway krn CA tdk mempunyai pakar di bidang itu. Seboleh mungkin dr kamal berusaha utk tdk memotong kaki mak smapai ke betis.
mak ke sunway med centre esoknya. stlh berjumpa Dr YP leong, pakar vascular surgery. Mak menjalani pemeriksaan angiogram. saluran darah mak dah byk tersumbat. rata-rata. Mmg tiada cara lain, amputation is the best . Akhirnya kaki mak dipotong pd hari sabtu pukul 2 ptg.
memikirkan feb 2011 terasa sangat menyedihkan, memenatkan kerana ke hulu ke hilir berkejar dan juga penat mental juga. hanya orang yg pernah melalui tahu perasaan ini. saya selalu berkata pd diri sendiri, tiba masa duit bukan soalnya. terima kasih atas bantuan sepupu-sepupu yang banyak membantu dr segi kewangan dan sokongan. Doa yang tdk putus juga .... Kos rawatan selama sebulan berjumlah rm19+++. Hasil sumbangan sepupu-sepupu dan adik beradik. duit berjaya dikumpul sebanyak rm11+++. Terima kasih daun keladi .. moga Allah membalasnya ... insya Allah ...
Sunday, April 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment