Sunday, April 24, 2011

pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2011


setelah menghitung hari sejak dua minggu lepas, akhirnya pbakl tiba juga. Seronoknya dapat memborong buku. Azrahlah yang paling banyak borong buku. Sekian lama duk tunggu nak beli buku-buku baru terbitan JS, ahirnya tercapailah juga.

sampai je rumah malam tu lepas makan malam kat restoran jepun kat seri pacific KL, terus sambar baju melayu hijau serindit ... syud as ever .. cerita dia sangat sweet .. suke cara dia bercerita .. ayat simple2, yet sangat terasa di hati ... duk ralit membaca tengok jam dah pukul 4 pagi waktu habiskan buku tu.

paginya selepas bangun subuh dan en izwan g kerja, terus je sambung tidur. sedar-sedar dah pukul 1 tengah hari. bangun mandi sembahyang dan makan. lepas asar hujan lebat sungguh dengan kilat, guruh sampai power trip. last2 tiga2 tertido. sedar x sedar lima minit lagi nak pukul lapan. terus bangun, mandi dan maghrib.

bila en izwan balik, dia lapar, tengok bawang sume dah habis tinggal bwg besar holland je sebiji, maka terus la potong2 ayam, sosej, sayur dan bawang. panaskan air utk rebus spaghetti. dalam bertelekung, settle lah buat preparation masak. Isyak dulu baru sambung masak.

malam sambung lagi dengan contengan jalanan hlovate, selak dua tiga helai serius tak faham apa juga istilah2 alat2 muzik dan muzik ataus eni yang digunakan. Namun cerita hlovate dr dulu sampai sekarang sangat menyedarkan. habis membaca sedar x sedar air mata menangis, bukan kisah cinta pun tapi sangat mendalam. thanks hlovate ...

tengok jam dah kul 3 pagi, en izwan pesan suruh kejut dia pagi nanti nak g kerja, kalau tido, sure terbabas. sambung baca langsir biji remia. baca2 tengok jam dah kul 5 pagi. berhenti sekejap. wudhuk, tahajjud, sunat taubat, sunat hajat dan witir. sungguh2 menangis , kesan bacaan contengan jalanan. menyedari betapa diri sangat kerdil dan hina ....sementara tunggu subuh sempat baca 2 ms surah az-zumar. selesai subuh, kejut en izwan. sementara tunggu dia g kerja, habiskan dulu langsir biji remia. dia dah pergi keje, buku x hbs2 lagi. habiskan dulu. dah hbs tengok jam dah pukul lapan. dhulalah sekejap. lepas dhuha terus tertido .....

bangun kul 1, mandi sembahyang dan keluar cari mknn. lepas tu sambung pulak dengan untuk awak teja aulia. tertekan menunggu pengakhirannya. namun sedkit frust pengakhirannya terlalu pendek, ringkas.

namun saya sangat terhibur dan kagum dengan ketiga2 penulis ini, hlovate, syud dan kak su.

hlovate kisahnya yg selalu berkisarkan kehidupan seorang skater atau pemuzik atau artist yang akhirnya menemui jalan kembali kepadaNya. ayata2nya cukup simple dan ringkas. tetapi pemilihan kata yang sangat bijak, tepat dan menarik. Pada saya hlovate dianugerahkan sesuatu yg sangat bernilai kepadanya dan dia langsung tidak mensia-siakan anugerah itu, menarik pembaca ke arah yg lebih baik .. of course utk mereka yang diizinkanNya .... insya Allah ...

syud dengan kisah cinta yang sangat sweet tanpa melanggar batas2 pastinya ..

kak su dengan pengakhiran yang tak pernah diduga .... bahasa2 yang puitis dan seperti mendengar kak su sdg bercerita ...

saya ingin menjadi penulis yang mampu menjadi seperti ketiga2 mereka ini, cerita yang sweet, yang mengingatkan kita tentang siapa kita di muka bumi ini dan mempunyai tarikan tersendiri.

No comments: