kami sepatutnya terbang ke tokyo pada 11 mar 2011, 11.30mpm waktu tempatan. Saya sejak seminggu sblm tarikh itu mmg tak berapa bersemangat. packing baju pun selesai pada hari jumaat itulah. tengah duduk berfb sementara menunggu en izwan ke masjid dan ke bank. tetibe seorang rakan menghantar komen di status fb saya. ada gempa dan tsunami di jepun.
saya cepat-cepat google. Ternyata. Earthquake berskala 8.9 mgnitude dgn tsunami dilaporkan berlaku di bhgn northeast kepulauan honshu. tidak jauh mana dr tokyo. sehingga ke tokyo gegarannya dpt dirasa. saya sempat google video2 yg ada ... Nauzubillahiminzalik.... astaghfirullahalazim .... dan alhamdulillah ... itu je yg terkeluar saat itu. waktu tu jam pukul 3 lebih, ptg. kami plan nak bertolak ke airport lepas maghrib. sbb check in 3 jam sblm ... terus saya call wan, beritahu dia. jgn tukar duit yen lagi. (mmg dah tukar separuh). saya call MAS, tanya status flite. lama menunggu utk dapat bercakap, flite masih on, tiada perubahan will fly ikut schedule. tp dia agent dia suruh call balik lps pukul 7. Masa tu tak fikir apa dah. kalau perlu burn tiket burn la, nak buat mcm mana. buka channel astro awani 501. masih dlm keadaan terkejut dan bersyukur yg amat . hanya beberapa jam yang memisahkan kami. kemudiannya awani 501 menyiarkan flite MH070 dr KUL-NRT dah pun diverted ke taipei. narita dan tutup. sendai mmg musnah teruk, haneda juga dah tutup.
pukul 5 lebih kami call lagi MAS. flite dah cancelled. will be announced bila akan terbang. pukul sepuluh lbh malam dpt email, flite reschedule to 4.30 am. nak pergi ke dlm keadaan cam tu? kami call blk MAS. Kalau tak nak fly boleh reschedule. kami kena pilih exact date. terus cari kalendar. main rembat je tarikh paling lambat yg bolehh fly. kami boleh plh date within 3 months. disebabkan kami beli tiket tambang special offer, refund tak dibenarkan. jadi pilih je lah tarikh. kami diberi sehingga 2 jam sblm flite terbang uutk confirm date. kami pilih 20-26 may 2011.
kemudiannya, telefon dan msg adik beradik kata kami x jadi pergi. Semua bersyukur yg amat waktu diberitahu. namun ada satu panggilan yg sangat2 mengecewakan saya. rasa lebih teruk dr dilanda tsunami barangkali. pecah tembok kewarasan rasanya. sungguh walau keinginan untuk menulis kisah sedih itu membuak-buak namun maruah insan itu perlu saya jaga juga. tak apalah. Ujian bagi saya.
feb & mar 2011 benar2 menguji keimanan.
Sunday, April 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment